Monday 24 October 2011

Minggu 6,tugasan 5 (Mini research)

 Salam..pada minggu ini saya dikehendakki membuat online questionnaire.Ini adalah salah satu langkah untuk melakukan mini research.


     Apa itu Soal Selidik?


  • Satu cara untuk mengumpul data daripada responden
  • Memerlukan langkah-langkah untuk mereka bentuk dan mentadbir soal selidik
  • ::::: Mendefinisikan objektif kaji selidik
  • :::::: Menentukan kumpulan persempelan
  • ::::::Penulisan soal selidik.

    Cara memastikan Questionnaire      
              anda baik .                        


1)Kejelasan: soalan yang jelas dan ringkas.

2)Mendahului soalan: Soalan haruslah general,dan jawapan juga perlulah general dan boleh meliputi pelbagai tindak balas.
3) gunakan ungkapan yang sesuai.
4) soalan hipotesis: elakkan soalan jenis ramalan.Contohnya: Jika anda seorang perdana menteri apakah yang akan lakukan pada pendatang asing?
5) Soalan yang berat sebelah: Soalan janganlah menyebabkan reponden rasa harus menjawab mengikut soalan,dan bukan keputusan dan pandangan sendiri.


untuk makluman lanjut,bolehlah layari laman web ini...
http://www.cc.gatech.edu/classes/cs6751_97_winter/Topics/quest-design/




Antara laman sesawang yang membekalkan khidmat membuat questionnaire dengan percuma adalah..


          SurveyMonkey                                  
      http://www.surveymonkey.com/     


Memang perlu untuk kita banyak mencuba..Banyak benda baru boleh belajar!!..Mari berkongsi maklumat bersama...








seterusnya anda akan menjumpai..


Create  survey > add title (masukkan tajuk kajian anda)>category kajian anda>klik button 'continue'..berikut adalah keterangan tentangnya..


Untuk Edit survey:   


create theme below:=ada boleh memilih warna yang sesuai untuk page soalan kajian anda
Create custom theme =juga untuk mereka laman soalan kajian menjadi lebih menarik,menambah warna dan pelbagai lagi.


















Edit  page option=menambah tajuk muka surat dan apa yang anda mahu katakan tentang perihal muka surat itu.


Add question= Menambah soalan tetapi tidak boleh melebihi 10 soalan untuk penggunaan yang percuma.
Dalam 'add question' juga terkandung=add image(untuk menambah gambar pada soalan)
                                                                add text(menambah tulisan pada soalan)


Setelah selesai mengemukakan soalan anda mesti menekan button send survey..




Anda bolehlah salin dan tampal(copy & paste) alamat laman sambungan(web link)  kemana-mana tempat seperti  blog,wall facebook,tweeter ataupun yahoo group .
More ways to send: Anda juga boleh menggunakan cara -cara yang disediakan untuk memudahkan lagi penghantaran soalan anda.


Design: menghias form soal selidik anda
Collect: melihat jumlah responden dan menetukan untuk menghentikan atau membuka sesi mengumpul                responden.
Analyse: melihat jumlah,percentange responded yang telah menjawab soalan anda.














           Google Form 
     https://docs.google.com       
Google Documeent>Create>form>isi pada tempat kosong yang di kehendakki...>klik Done.


( klik Theme ) untuk menghasilkan tema laman soal selidik menjadi lebih menarik.(seperti menambah wallpaper)..pilih corak yang anda kehendakki> klik apply>


Email this form > masukkan email anda/ rakan anda > selepas menerima email tersebut di peti email anda,bolehlah mengambil link yang di lampirkan dan copy dan paste di mana-mana laman yang ada suka seperti blog,facebook,yahoo groups supaya rakan-rakan anda boleh menjawab soal selidik anda.


see responses > summary: melihat resposes daripada responden anda melalui graph.
              >spreadsheet: anda boleh mengisi soalan anda mengikut nombor yang tertera.Setelah soalan anda mendapat responden,anda boleh menganalisis maklumat berdasarkan pada hasil jawapan responden.Maklumat keseluruhan soal selidik juga boleh di lihat dari sini.


More actions >: Embed> mendapatkan link untuk copy & paste pada laman web seperti facebook,yahoo group,blog untuk mendapatkan responden pada soalan anda.
                Edit comformation> Menulis kata-kata penghargaan kepada responden setelah mereka menjawab soalan pada form anda.
Publish response summary: summary respons anda akan dipaparkan kepada responden form anda.






Go to life form:  melihat kembali form soal selidik anda


show summary of responses: 1)Mengetahui jumlah resposes.
                           2)graf,peratusan,jumlah hasil jawapan                                      soal selidik berdasarkan pada setiap soalan.




              Ini adalah contoh pengisian pada edit form




            Ini adalah contoh setelah edit form selesai.


Pautan untuk contoh online questionnair:https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?hl=en_GB&formkey=dGUzSlNCWGVNdEdUdkNaWE5DNnliY1E6MQ#gid=0





Wednesday 19 October 2011

Apakah yang Malaysia Perlu lakukan:Aplikasi Kemahiran Abad ke 21

tugasan 4,minggu 5.(literature review online material)

....Salam.....
  Tugasan minggu ini saya di arahkan untuk membuat satu proses kajian untuk persediaan mini research pada  tugasan yang ke 5 nanti.  Daripada laman web yang dibekalkan pada proforma.Ada di antaranya adalah cara-cara untuk membuat mini research.Tapi untuk tajuk minggu ini kita lebih focus pada cara untuk membuat literature review.

Literature Review
  
Ianya adalah merupakan analisa kritikan membangun atau menjatuhkan yang di lakukan dalam sesebuah kajian ilmiah.
Tujuannya adalah untuk...


1)Merancang sesebuah kajian
2) Menerangkan maksud sesebuah topik.
3)Menentukan kajian
4)Membina  tajuk kajian
5)Menentukan mata pencarian maklumat.


Minggu ini juga mempelajari tentang cara untuk mencari maklumat di.


book.google.com!(http://books.google.com/)


google book beta>about google book>my library>(kita akan temui kandungan library kita)Dari sini bolehlah kita melihat kembali buku-buku yang kita mahu baca.kerana kandungan pada google book tidak boleh di simpan dalam folder sendiri seperti penggunaan di ukm jurnal dan google scholar.



    


scholar.google.com!
(http://scholar.google.com.my/)
Jurnal di Library UKM!
(http://www.ezplib.ukm.my/login)


Mencari maklumat di journal ukm perlu lah memasukkan no.kod library dan kata kunci di SMPweb.


Mencari maklumat di dalam ukm library mudah untuk kita mencari jurnal-jurnal lepas berdasarkan maklumat yang kita mahu.Gabungan maklumat yang saya dapat daripada google book dan scholar.Google scholar lebih pada maklumat berdasarkan artikel.




Minggu ini juga saya di tugaskan untuk membuat report berdasarkan Apa yang perlu Malaysia lakukan dengan skop pada tajuk saya iaitu kemahiran abad ke 21.


Secara ringkasnya maklumat yang saya berikan adalah :


1) Guru-guru sekolah seharusnya mendalami bidang ICT dengan pemahaman yang baik dan aplikasikannya didlam pengajaran di sekolah.
2)Penerapan aspek pemikiran kritis,kreatif,penyelesain masalah,mampu berkendiri,fleksibel dengan apa pun keadaan kerja pada masa akan datang,celik IT ,Ekonomi dan sahsiah yang baik.
3)Penumpuan di sekolah juga bukan lagi hanya tertumpu pada gred pelajar tetapi pada kemahiran dalam diri mereka yang terdiri pada kemahiran-kemahiran softskills,dan aspek-aspek pada no.2 di atas.
4)Melahirkan para pelajar yang berkemahiran dan berkualiti seperti yang di kehendakki oleh industri.
5)Corak pemikiran yang luas,lebih kritis dan inovasi.




            Open Office Software
       http://download.openoffice.org/    


                    Penggunaan Open office writer               


1) Percuma!= ia mempunyai kesediaan source code,lesen yang sah.
2)Fleksible=boleh di buka pada windows ataupun mana-mana platform lain.jika microsoft office jika di buka pada ubuntu.akan hilang microsoft itu.boleh juga menyimpan dan membuka maklumat dari platform lain.
3)boleh menyimpan maklumat dalam bentuk pdf atau adobe flash dengan mudah.


rujukan:http://iddonk.wordpress.com/2008/07/29/10-kelebihan-openofficeorg/

 



Plagiarism
.sumber rujukan.

Selalukan salah satu cara untuk mempercepatkan satu tugasan kita mengambil cara mudah untuk menyalin tampal penulisan ataupun menggunakan sumber maklumat oarng lain tanpa menyatakan sumber kajiannya.Plagiarism adalah istilah bagi itu.

Apakah itu plagiarism?

Merubah kerja orang lain dengan menyatakan itu adalah kerja anda.
menyalin kata-kata atau idea-idea dari orang lain tanpa memberi sumber rujukan ataupun quotation
memberikan maklumat yang tidak tepat tentang ulasan sumber .
perubahan kata-kata tetapi meniru struktur ayat sumber tanpa memberi tahu sumber dari mana.
Menggunakan kata-kata ataupun menyalin kerja tangan orang lain dengan banyak sama ada meletakkan sumber rujukan ataupun tidak.

Bagaimanapun kes plagiarism ini boleh di elakkan dengan menyatakan sumber-sumber rujukan,mengaku telah meminjam maklumat atau bahan.

Thursday 6 October 2011

Minggu 2 (Digital/Electronic Portfolio)(tugasan 3)

Development Portfolio (Yahoo groups,Google document.Facebook groups)


Layari laman web yahoo group (http://groups.yahoo.com)( /google document(https://docs.google.com)
1) Yahoo groups= Di sini anda boleh mempautkan file,folder,reka file untuk di kongsi bersama semua rakan kumpulan.cara>files>add file>choose file>add description>upload file.


.
2)Google document=Files>open> start uploud

Untuk Berkongsi files dengan rakan!klilk>share>masukkan alamat email rakan>save and share

Di Google juga boleh 'publish' file pada Twitter!,Facebook!Gmail!

Cara-cara=Create>file>publish to the web>
pilih pautan.


Dengan mudah boleh share dengan rakan-rakan dengan satu web based portfolio!

3)Facebook group=pergi ke profile facebook anda>create doc>isi tajuk>isi kandungan>klik pada created doc!.Di Facebook semua rakan kumpulan anda akan menerima pemberitahuan anda telah pos dokumen baru.Oleh itu,ini juga adalah satu cara komunikasi dalam pendidikan yang baik.Para pelajar dan pensyarah juga  juga boleh memberi maklum balas tentang document yang di pos.


Berikut adalah contoh komunikasi hasil dari pada perkongsian maklumat pada Facebook group.

Melalui facebook rakan-rakan lebih mudah juga memberikan pendapat dan bertukar idea tentang pembelajaran dengan cara perbincangan maya.


Ketiga-tiga cara perkongsian fail dan maklumat adalah sangat effektif. Para pelajar juga boleh melakukan perbincangan sambil mencari lagi makluman tambahan pada mana-mana search engine dan boleh berkongsi pada kawan dengan pautan yang mereka pada masa yang sama..Ia juga menjimatkan masa,namun masih mengekalkan kualiti pembelajaran yang baik. 

P/s: kebaikan mengunakan electronic portfolio juga adalah ketika mungkin pendrive,hard disc rosak,kita masih ada backup untuk file-file yang penting bukan?


Wednesday 5 October 2011

Rumusan Pengurusan Sistem Pembelajaran dan Kemahiran Abad ke 21(minggu 3 dan 4 dan tugasan 3)

Learning Management System adalah  Pengurusan Sistem Pembelajaran.

.Ianya adalah web yang merupakan tunjang kepada program e-Pembelajaran,yang mana ia bertindak sebagai penentu arah bagi sesuatu proses pembelajaran.Ciri-ciri yang terdapat pada LMS ialah

Ciri-cirinya adalah:


a)pendaftaran guru,
b)forum,mel
c)elektronik,
d)kemudahan muat naik tugasan,
e)senarai pelajar dan guru.


LMS  juga banyak memberi manfaat kepada pengurusan sekolah dan universiti seperti:


a) LMS dapat memusatkan dan memantapkan lagi strategi pentadbiran.Ini kerana segala pengurusan yang berkaitan dengan warga institusi boleh dilakukan melalui LMS.

b)Pembelajaran melalui LMs ini lebih kepada sistem memusat pada pelajar,oleh itu ,melatih para pelajar lebih bersifat berdikari.

c)Pengunaan LMS dengan cekap dan tidak di ambil sikap ambil mudah oleh warga institusi dapat meningkatkan sistem pembelajaran dengan lebih mudah tetapi menarik.

d),Menjimatkan masa kerana segala maklumat dan maklum balas boleh belaku dengan masa yang singkat.

e)kecanggihan teknologi sekarang yang telah pun meluas penggunaan gajet-gajet elektronik seperti Ipad,noteboke,computer riba ,perkhidmatan wifi percuma,melancarkan lagi LMS berjalan.Para penggunanya boleh menggunakannya dimana-mana sahaja.Boleh juga di rumuskan sebagai sistem membelajaran mudah alih.

d)Pengunaan LMS boleh di pelbagaikan dengan pengeluaran kursus-kursus seperti e-pembelajaran,kursus CD-ROM,daripada peranti Palm atau PocketPC dan pembelajaran yang beteraskan bahan cetakan untuk di aplikasikan dalam bilik darjah yang luas.


Kemahiran Abad ke 21.



      Kemahiran abad ke 21 telah diwujudkan melalui sistem pembelajaran abad ke 21 bagi merujuk kepada gerakkan global untuk mentaktifkan semula matlamat pendidikan.Hal ini adalah untuk melakukan anjakkan paradigm pada matlamat pendidikan untuk mengubah cara pembelajaran menjadi lebih strategik dan memperluaskan cara bagi memagkinkan keupayaan dan kemahiran yang berkualiti agar dapat menangani cabaran-cabaran 21.
    
       Kemahiran abad ke 21 bukan sahaja di sasarkan kepada para pelajar namun kepada para pendidik.Elemen-elemen yang perlu diterapkan adalah:
 iri
Para  Pelajar:

  • Kreativiti dan inovasi:
  • Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah:
  • Komunikasi dan kolaborasi:
  • Literasi Maklumat
  • Literasi media
  • Literasi Teknologi,Maklumat dan komunikasi
  • Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
  • Kemahiran sosial Antara –budaya

Guru:

  • Menguasai Pelbagai bidang
  • Mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan
  • Mahir dalam pegogi pembelajaran dan pengajaran (P&P)
  • Menguasai tekonologi terkini.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak.
  • Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
  • Boleh berkerjasam dengan rakan sejawat dan orang lain.
  • Memiliki keyakinan terhadap profession sendri.
  • Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir.



      Tanggungjawab telah di letakkan pada guru-guru untuk melahirkan generasi berasaskan kemahiran abad ke 21 sejak di zaman persekolahan lagi.Oleh itu,guru perlu menginovasikan sistem pembelajarannya dengan menyusun ,dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa. Pada para pelajar juga perlulah dididik dengan menggunakan daya fikiran yang tinggi.Pemikirannya perlu lebih kreatif,daya pemikiran yang tinggi,dan minda konstruktif perlu terarah pada pandangan jauh.Guru perlu juga berpengetahuan lebih bukan setakat hanya dalam kontek subjek yang di ajari,tetapi pada pengetahuan kemahiran.



       Contoh agenda merupakan persediaan abad ke 21 ialah:
Pelaksanaan sekolah bestari yang mana turut mewujudkan trasformasi yang meliputi aspek kurikulum,sistem penilaian,pentadbiran dan pengurusan pembelajaran.Kesan pada trasformasi ini guru harus memainkan peranan yang penting dengan menyediakan diri dengan ciri-ciri guru bestari iaitu meningkatkan keterampilan dari segi menyaring,memgadun,mengacu setiap perkara selari dengan ketahanan anak bangsa,selaras dengan kehalusan budaya  masyarakat dan menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita.
      Oleh itu,guru haruslah mengadaptasi pedagogi dalam pengajaran & pengajaran(P&P) kerana ianya bolehmemberi  kesan positif kepada para pelajar.Oleh itu,para pelajar dapat menerapkan pengetahuan berasaskan teknologi sehingga boleh memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Guru juga perlu mengambil berat terhadap sistem pegurusan pembelajaran(LMS) yang banyak membantu dalam pengurusan pembelajaran pelajar.Para guru harus mahir dalam multimedia bagi meyelaraskan ilmu pengetahuan dengan aliran teknilogi yang makin pesat sekarang.
    
    Tambahan lagi,bagi mewujudkan  kewarganegaraan digital yang celik teknologinya(tech savvy).Pendedahan terhadap teknologi maklumat sejak sekolah rendah haruslah dipertengahkan.Melihat zaman moden sekarang kebanyakkan perkhidmatan berasaskan perkhidmatan diatas talian.Seperti penlaksanaan e-pembelajaran,e-perdagangan,pengunaan komputer dalam pembelajaran,telifon dan pelbagai lagi.
     Nilai-nilai murni dalam diri pelajar juga perlu di pertingkatkkan dengan penerapan nilai kerohanian,kepercayaan kepada tuhan,ilmu kemanusiaan,ihsan,kesopanan dan tatasusila.Semua ini boleh di selitkan dalam pembelajaran di sekolah.Mungkin boleh diinovasikan yang dulunya hanya menggunakan percakapan dalam menyampaikan ilmu.Pendedahan penggunaan media massa,multimedia seperti video lakonan,maklumat hasil-hasil kajian lepas,dan buku-buku bacaan bukan ilmiah boleh di adaptasikan dengan pemikiran kreatif guru untuk mengolahanya menjadi sesuatu yang boleh dikaitkan untuk teknik pembelajaran yang menarik.
      
     Hal ini kerana generasi muda zaman sekarang harus diterapkan nilai berdikari dan softskills yang sebenarnya lebih bermanfaat bagi menjelajahi dunia yang sebenar.Bukan pembelajaran setakat dalam buku,pendedahan dengan tentang pembinaan jati diri,kemahiran berkerja dan etika dalam komunikasi.Ini bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.Oleh itu,sistem pembelajaran yang berpusatkan pada teacher center harus dilupuskan dan di salin dengan student center.Kemahiran abad ke 21 tentang melahirkan generasi yang intelektual tapi masih mengekalkan norma-norma nilai murni harus di pertegaskan. Ibu-bapa,guru-guru dan para pelajar sendiri perlu menitik beratkan tentang tanggungjawab sebagai warga digita.Kita tidak mahu melahirkan generasi yang berilmu tapi tiada nilai insaniah.