Saturday 3 March 2012

Perfectionist.


   ‘ Perfectionist’ adalah seseorang yang tidak senang dengan sesuatu yang tidak mencapai tahap standard yang tinggi. Jika mereka melakukan sesuatu pekerjaan mereka akan memastikannya sangat sempurna.Meletakakn sesuatu matlamat yang tinggi untuk diri mereka. Mereka juga suka mencabar diri sendiri dan selalu membuahkan sesuatu idea yang rigid. Seperti jika mereka katakan itu mesti hitam dan putih, maka tiada kelabu. Mereka sanggup mengorbankan masa tidur, makan untuk mencapai matlamat mereka. Tiada perkataan tidak boleh dalam hidup mereka. Walaupun hanya kesilapan kecil seperti, kesalahan tatabahasa, saiz huruf , warna huruf dan semua perkara kecil ketika membuat tugasan juga menjadi perkara besar bagi mereka. Mereka akan memastikannya sempurna tanpa cela.
      Jika dilihat dari segi pemakaian juga , mereka sangat mementingkan kekemasan. Warna pakaian juga sangat  di titik beratkan. Meraka juga menitik beratkan pandangan orang lain terhadap pemakaian mereka. Kritikan yang mereka terima dari rakan membuahkan rasa ketidaksempunaan kepada mereka. Mereka akan sedaya upaya mempertahankan idea dan keterampilan mengikut standard yang ditetapkan dalam diri mereka. Semasa penyediaan pemakaian, mereka akan memastikan tiada kedutan pada baju. Kadang-kala mengambil masa yang lama untuk mengosok atau ‘iron’ baju . Pemilihan pakaian juga menjadi sesuatu yang amat detail bagi mereka. Warna pakaian mestilah sesuai dengan assesori yang lain seperti tudung,seluar,kasut dan beg. Malah,mereka juga sanggup menghabiskan wang untuk membeli pakaian yang standard dengan status mereka .
     Melihat pada beberapa situsi di atas. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka bersifat perfectionist ini. Pertama adalah, keinginan untuk bersaing sengit untuk hidup.Mereka sentiasa bersifat dahagakan kepuasan dan keinginan untuk menjadi tebaik. Kata lainnya, mereka tidak boleh hidup dan merasa sangat gagal jika tidak dapat mengekalkan potensi sebenar dan mencapai matlamat hidup mereka.
      Tambahan lagi, sikap telalu mementingkan pandangan sosial. Sifat autokrasi , penekanan pada pencapaian kejayaan oleh keluarga , jurulatih, guru juga mendorong seseorang menjadi perfectionist. Menetapkan tanda aras mesti megecapi kejayaan atau target yang dimahu adalah segala-galanya, menjadikan seseorang itu terlalu sensitif terhadap kegagalan. DIsekolah ,tempat kerja kegagalan adalah dilihat sesuatu yang tidak bernilai dan persaingan  sengit memberi penekanan yang kuat pada seseorang untuk mencapai target yang dikehendakki.Sebaliknya, kehidupan ini sememangnya mesti ada kegagalan. Kegagalan itu juga bukan penutup kepada sesuatu kejayaan, kadang-kala ianya adalah jalan pembuka pada sesuatu kejayaan..
     Melihat kepada keseluruhannya, menjadi seorang perfectionist bukan sesuatu yang teruk. Banyak kebaikkannya jika di lihat dari aspek positif. Menjadi seorang yang teliti, mengambil berat terhadap sesuatu yang orang lain pandang enting kadang kala boleh membuahkan sesuatu yang lebih baik daripada jangkaan. Malah,kadang-kala sikap ambil mudah dalam melakukan sesuatu perkara memakan diri sendiri. Galakkan yang di berikan oleh orang atasan,guru,ibu bapa untuk seseorang itu mencapai target yang mereka ingini seharusnya dilihat sebagai suatu cabaran yang boleh membakar semangat untuk membuat yang terbaik. Guru-guru, para ibu bapa, juru latih ,malah diri seseorang itu sendiri perlu melihat lebih pada usaha , perjalanan dan pengalaman yang dilalui untuk mencapai kejayaan itu sendiri daripada kejayaan yang dicapai Sebaliknya sikap seorang perfectionist yang anti kepada kegagalan boleh merosakkan masa depan mereka. Sifat redha dan menerima sesuatu perkara dengan tenang perlu  ada dalam seorang perfectionist .Oleh itu, dengan sikap bersungguh-sungguh, sukakan ketelitian dan di tambah pula dengan sikap tenang  dan tawakal pada tuhan . Kejayaan boleh dikecapi dengan baik. Menjadi seorang perfectionist itu bukan salah tapi perlu ada relevennya.