Monday, 14 May 2012

Penerapan elemen kemahiran abad ke 21 dalam pendidikan khas.


A. PENGENALAN

          Malaysia pada era globalisasi ini menggalas cabaran untuk mencapai wawasan 2020 yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia  sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Dimaksudkan , bukan sahaja bidang ekonomi , tetapi juga bidang-bidang politik , sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Namun, siapakah yang berperanan untuk membantu membentuk masyarakat bagi mencapai matlamat ini? Adakah matlamat ini boleh dicapai dengan memberi sepenuh tanggungjawab kepada individu? Semestinya tidak. Bagi mencapai wawasan kerajaan yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana menteri  Malaysia ketika itu, peranan masyarakat itu sendiri adalah faktor utama untuk mencapainya. Hal ini juga, institusi pendidikan  adalah  salah satu faktor yang penting  bagi merialisasikan wawasan ini. Namun, bila kita lihat apakah kekuatan yang ada dalam sistem pendidikan kita mencukupi untuk mencapai wawasan ini?
         Kejayaan dalam bidang akademik pada masa kini menjadi kayu pengukur bagi seseorang individu.  Sistem pengredan dalam sekolah menyebabkan pelajar kurang kemampuan dalam akademik  terpinggir.  Kadang-kala  mereka ini tidak di beri peluang untuk mencari kemahiran yang tersirat dalam  diri mereka kerana tersekat dengan desakan sekeliling yang mementingkan anti dakwat merah di kad laporan.  Disebabkan fenomena ini,  kepentingan penerapan sifat kreativiti, berfikiran kritis, inovasi  semakin banyak di perkatakan bagi meningkatkan  lagi mutu  sistem pendidikan di Malaysia. Kajian daripada Dr. Yoshiro Yakamatsu, untuk menjadi negara yang  kreatif, organisasi yang kreatif  dan individu yang kreatif, budaya kreativiti, invensyen dan inovasi haruslah dipupuk dan di beri penekanan pada pelbagai peringkat. Justeru, untuk melahirkan negara yang kreatif, ianya bermula dari penerapan sikap kreativiti dalam budaya yang akan memberi pengaruh pada masyarakat dan seterusnya memberi impak pada negara.   
 
        Hal ini juga boleh diperkuatkan lagi dengan penyataan  Peter Drucker(1998) dalam bukunya On The Profession of Management mengatakan bahawa persaingan pada abad ini memerlukan sesebuah kreativiti dan inovasi sebagai kemampuan  sesebuah organisasi untuk Berjaya dan berdaya saing dalam dunia globalisasi.  Hal ini menunjukkan betapa pentingnya keperluan inovasi, kreativiti dalam bagi membentuk satu negara yang maju dengan rakyatnya yang sentiasa bersedia untuk bersaing ke peringkat dunia. Oleh itu, penerapan ini seharusnya diterapkan dari bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari  rebungnya. Jika kita lihat negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman , Perancis mereka mengambil berat dalam matapelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi dalam pendidikan. Malah, Malaysia sendiri seharusnya menjadikannya contoh  menjadikannya saingan untuk menjadi   lebih maju dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi.

      Aspek pembelajaran berteraskan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran metakognisis, literasi era digital (digital-age Literacy), pemikiran inventif (Inventive Thinking), komunikasi efektif (effective communication), dan produktiviti tinggi (high productivity) merupakan agenda cabaran abad ke 21 yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan. Terdapat beberapa kajian tentang Kemahiran Abad 21 yang telah diperolehi dari pelbagai bahan. Menurut kajian Shepperd, (1998) selama sembilan minggu terhadap lima belas orang pelajar kumpulan dan mendapati signifikan dari aspek kemahiran berfikir secara kritis. Mereka menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari segi pembelajaran dan keyakinan . Boaler (1997) dalam Thomas (2000) subjek kajian seramai tiga ratus orang mendapati bahawa dalam peperiksaan awam, lebih ramai pelajar di sekolah yang menggunakan kemahiran yang terkandung dalam kemahiran Abad 21 lulus dengan cemerlang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang diajar menggunakan pendidikan  ICT lebih progresif, bersifat terbuka dan mampu menggunakan pengetahuan mereka dengan baik dalam pelbagai situasi , mampu menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah dan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar mereka. Bernt et al. (2005) dalam kajiannya mendapati keberkesanan Kemahiran Abad 21 dalam pengajaran memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar, memupuk rasa tanggungjawab, mewujudkan persekitaran pembelajaran berfokuskan pelajar, merentasi pelbagai bidang ilmu dalam kurikulum, meningkatkan kemahiran bekerja secara kolaboratif dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT.











B) ISI KANDUNGAN
      Pada tahun 1981, perdana menteri Malaysia ke empat iaitu  Dato’ seri Dr. Mahathir Mohamad  telah di lantik sekali gus memacu pembangunan industri , sains, teknologi dan komunikasi maklumat (IT) ( Ruslan, 2003).  Cabaran abad 2020, yang di ketengahkan oleh beliau bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Namun ianya tidaklah mustahil jika Malaysia memberikan perhatian sepenuhnya pada pembangunan sumber manusia. Hal ini menurut Perdana Menteri (1991) ;  “ …amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyat. Tenaga otak adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber-sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya, Malaysia mestilah memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan manusia yang amat penting ini”.  Justeru pembangunan insaniah itu bukan setakat di fokuskan terhadap akademik sahaja tetapi juga aspek kemahiran abad ke 21 itu.

      Senario di sekolah yang masih berlaku pada saat ini ialah cara pembelajaran yang berpusatkan guru. Cara pengajaran yang hanya memberi peluang pada murid untuk menerima maklumat dan pembelajaran yang hanya bermatlamatkan pencapaian akademik bukan lagi cara efektif dalam mendidik . Melihat pada wawasan 2020, peranan sistem pendidikan ialah untuk mendiidk dan menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan & berketerampilan tetapi boleh berfikir secara kreatif.  Menurut  ( Mohd, Baharom, Abdul . 2011) “guru memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dengan menyediakan pelajar ke arah mencapai matlamat dan wawasan pendidikan. Oleh itu, tahap pengetahuan guru dan persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir akan mempengaruhi  amalan dalam pengajaran” . Justeru, keyakinan dan kesedaran dalam diri guru itu sendiri seharusnya di didik terlebih dahulu supaya apa yang dipegang dapat diaplikasikan dalam mendidik anak murid. Kemahiran berfikir itu termasuklah cara pemikiran yang kreatif, mahir strategi pemikiran metakognitif, pemikiran kritis, inovasi dan futuristik.

       Faktor mengapa aspek kemahiran berfikir tidak ditekankan oleh guru adalah  menurut
 ( Mohd. Baharom. Abdul. 2011) sorotan kajian terkini, pelajar perlulah terlebih dahulu mengetahui semua fakta dan konsep matapelajaran sebelum mereka digalakkan untuk berfikir. Tetapi setelah mengajar semua fakta dan konsep masa pula tidak mengizinkan untuk menggalakkan pelajar berfikir. Faktor kedua ialah penekanan kepada antaranya ialah sesetengah guru berpendapat  bahawa penekanan kepada peperiksaan yang mementingkan pengujian kebolehan pelajar mengingati kembali fakta . Sebahagian guru pula berpendapat bahawa pengajaran kemahiran berfikir akan mengambil masa yang lama dan membebankan guru dan mereka lebih menumpukan pengajaran kemahiran berfikir itu hanya kepada pelajar pintar sahaja.  Faktor keempat  dan yang paling ketara adalah guru sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk mempertingkatkan daya pemikiran pelajar mereka dan hanya mengajar untuk menghadapi peperiksaan. Mereka berpendapat bahawa mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan memperkembangkan daya pemikiran pelajar adalah dua matlamat yang bercanggah.
   
     Melihat pada faktor yang diketengahkan, hal ini tidak boleh sama sekali berlaku pada guru-guru. Terutaman sekali guru yang mengajar pendidikan khas. Seperti yang kita ketahui definisi pendidikan khas ialah program pendidikan yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya.  Justeru penglibatan guru dalam aliran ini sangat memerlukan cara pengajaran yang kreatif,inovatif dan kritis kerana ianya melibatkan pelajar yang memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan aliran perdana dan mereka juga memerlukan pendekatan yang sesuai dengan kelainan upaya yang mereka miliki. Oleh itu, konsep pembelajarn individu yang menekankan pada Menurut cara  model gaya pembelajaran Dunn & Dunn boleh juga di gunakan dalam pengajaran pelajar berkeperluan khas kerana menekan aspek pengajaran berteraskan keperluan pelajar . 

      Beliau menekankan prinsip-prinsip kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar dan setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Seterusnya, gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim , sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah dengan iklim, sumber dan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran  justeru seseorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya. Oleh itu kita mengetahui bahawa setiap pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran sendiri dan gurulah yang berperanan untuk mengolah cara pengajaran yang sesuai mengikut kehendak pada pelajar. Justeru , satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebgaai Personalised Learning Environment (PLE) telah diperkenalkan supaya bersesuaian dengan keperluan pelajar. Menurut David Miliband( 2003) , pembelajaran personal adalah peluang untuk meningkatkan produktiviti sistem pendidikan dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan individu dan menjadikan pelajar lebih aktiv dalam pembelajaran yang efektif.  Justeru jika mahu di kaitkan dengan aliran pendidikan khas. Corak pembelajaran berteraskan pelajar perlu ditekankan, namun bagi memenuhi keperluan mereka  guru juga perlu memberi bimbingan yang sebaik mungkin sebelum menguji mereka dengan kaedah mandiri dalam mengaplikasikan apa yang di pelajari. Hal ini, akan membuatkan mereka lebih berdikari dan tidak hanya bergantung pada orang lain.
  
        Penggunaan teknologi IT dalam pembelajaran di sekolah bukan lagi perkara yang baru di negara kita. Kerajaan sendiri telah melaburkan berjutaan ringgit untuk menyediakan kemudahan komputer dan perisaian yang sesuai dengan pengajaran  di sekolah. Namun, ada segelintir sekolah yang mengambil mudah soal ini. Penggunaan bilik IT disekolah hanyalah sekadar memenuhi syarat dan tidak  digunakan sepenuhnya untuk pengajaran.  Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar memperoleh kemahiran yang boleh di aplikasikan di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan . Hal ini kerana keperluan pelajar pada masa ini juga adalah berbeza daripada pelajar masa dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar. ( Tappscott, 2003) . Namun , menurut  ( Ashinida et al,  2004;  Nor Azilah & Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd. Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002;  Abd. Rahman, 2000; Bahagian Teknologi Pendidikan,  1999), penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang rendah.

         Oleh itu, kita boleh lihat keperluan pelajar dalam penggunaan ICT sangat perlu dititik beratkan bagi memvariasikan lagi teknik penjagaran yang lebih kreatif. Guru  perlu menginovasikan  kemahiran dalam diri dengan menguasai teknik-teknik pengajarn penggunakan ICT supaya boleh memenuhi keperluan pendidikan yang menitik beratkan soal kreativiti, inovatif, literasi maklumat dan pemikiran kritis.  Terutama sekali dalam aliran pendidikan khas, hasil tinjauan dari  Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai , Johor. Guru disana menyatakan banyak teknologi terkini yang dihasilkan bagi membantu para pelajar pendidikan khas, namun tidak dapat digunakan pada tahap maksimum kerana kurang guru yang berkemahiran dalam menggunakannya. Contohnya penggunaan alat  bantuan mengajar pelajar masalah penglihatan iaitu mesin JAWS ( Job Access with Speech (JAWS) .
      
        Contoh inovasi teknologi pendidikan untuk pelajar masalah pembelajaran yang di buat kajian oleh Norfarhana Abdollah, Wan Fatimah Wan Ahmad , Emelia Akashah Patah dari Universiti Petronas ,  kajiannya ialah untuk  “membangunkan sebuah perisian multimedia atau koswer untuk membantu pelajar lembam dalam pembelajaran mereka sekaligus meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam pembelajaran seharian. Koswer ini diberi nama Komputer Saya, dihasilkan berdasarkan tema pembelajaran multimedia, dimana tema ini adalah termasuk dalam bidang akademik berfungsi didalam Sukatan Pembelajaran untuk Pelajar Bermasalah Pembelajaran.  Produk ‘software’nya yang berwarna warni, mudah untuk difahami boleh meransang pegunaan menyeluruh sensori pelajar dan seterusnya menghasilkan pembelajaran berkesan” . Menurut  ( Wah , Desember 2007) “ natural of multimedia application itself which can combine both pictorial and narrative instructions, added with user-interactivity can promote multi-sensory learning (auditory, visual and kinesthetic) which suits the learning needs of slow learners (Schools). Besides, multimedia learning resources also able to increase their motivation for learning”  (Wah, December 2007 . Oleh itu, pihak sekolah sendiri perlulah menyediakan kursus khas untuk meningkatkan kemahiran guru-guru  novis mahupun guru lama dalam  penggunaan teknologi ICT.






        Pendidikan aliran taknik dan vokasional juga adalah satu inisiatif pendidikan yang boleh meningkatkan kemahiran soft skills  , kreativiti, inovasi , dan pemikiran kritis pelajar. Pelajar pendidikan khas juga perlu di perbanyakkan lagi pendedahan pada arus pendidikan kemahiran ini . Hal ini kerana , Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang standing dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pancapaian pelajar yang normal. (Adam, 2003; Ali, 2007).  Dalam usaha mendidik golongan ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang teknikal dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih berkesan. ( Lokman.Mohd,2009). Aliran teknik dan vokasional ini lebih menjurus terhadap pendidikan yang berteraskan pembelajaran yang menyediakan pelajar untuk ke alam pekerjaan. Malah, aliran sebegini juga mendidikan pelajar pendidikan khas yang biasanya mempunyai masalah komuniksasi  sosial lebih terdedah dengan persekitaran masyarakat dan membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Malah, kemahiran yang di ajarkan kepada mereka sememangnya adalah kemahiran yang diperlukan oleh industri pada masa kini. Contonya seperti kemahiran yang di ajar ialah urutan refeksologi (masalah penglihatan,) catering, kursus chambermaid, pengurusan saloon dan pelbagai lagi.   Bagi sekolah pendidikan khas aliran biasa, untuk meningkatkan kemahiran soft skills dalam diri pelajar, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh membantu mereka.  Aktiviti di  sekolah yang lebih bersifat mencungkil bakat dapat mencorak kreativiti dan pemikiran kritis pelajar. Contohnya membuat pertandingan berasaskan kesenian, program amal, kem kerjaya dan jati diri . Lawatan sambil belajar dapat mendedahkan pelajar dengan situasi masyarakat sebenar dan menambahkan pengetahuan am mereka.

       Penekanan pada spek kerohanian juga adalah sesuatu yang sangat penting untuk menghasilkan pelajar  yang  bukan sahaja bijak dalam kurikulum namun mempunyai rohani yang mantap. Apabila seseorang pelajar itu mengamalkan apa yang ditekankan pada agama, justeru kebarangkalian untuk mereka menjerumus ke gejala tidak sihat adalah minimum. Seperti yang kita ketahui semua agama itu menitik beratkan soal keperibadian akhlak yang baik dan melarang perlakuan mungkar. Penerapan nilai agama ini harus ditekankan sejak peringkat pelajar sekolah rendah lagi. Peranan guru disekolah mengajar agama  seharusnya disusuli dengan peranan ibu bapa dirumah yang perlu memantau sikap anak supaya apa yang dipelajari boleh diamalkan dirumah atau di mana-mana juga. Sepanjang proses pengajaran juga guru harus memainkan peranan psykologi yang baik supaya dapat menjalainkan hubungan yang sihat dengan para pelajar. Hubungan antara guru dan murid yang akrab dapat memberikan impak yang lebih baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah guru juga dapat memahami tingkah laku pelajar dengan lebih spesifik dan dapat menyesuaikan kaedah pembelajarn yang sesuai dengan perangai mereka. 

   








KESIMPULAN   

       “ For success in this new era creativity is the key. With more and more of routine tasks taken over by machines , human contributions to the new age will need focus on finding new direction ,new idea, ways of being that had not been thought of before” (Anne, 1998). Kunci kejayaan pada zaman globalisasi ini adalah kreatif , aplikasi daripada konsep kreatif ini akan menghasilkan pemikiran yang invensyen. Dimana invensyen akan membuatkan seseorang berinovasi. Oleh itu, konsep kreatif dalam teknik pembelajaran boleh membuahkan hasil yang lumayan dalam aspek pemahaman pelajar. Malah, ianya juga membuatkan pelajar seronok untuk bejalar dan daripada keseronokkan itu akan menyebabkan pelajar mudah untuk menjana idea-idea baru, berfikir secara kritis. Pekembangan pemikiran pelajar juga dapat dipupuk dengan baik dan bukan hanya fokus pada peperiksaan , namun   mampu mengaplikasikan pembelajaran mereka dengan kehidupan harian dan masa akan datang. Kepentingan kreatif,inovatif, kritis dalam aliran pendidikan khas juga tidak boleh disangkal lagi . Peranan sekolah, guru dan ibu bapa adalah tunjang utama dalam pelaksanaan elemen-elemen kemahiran abad ke -21 ini, supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif bertaraf dunia.

    
























RUJUKAN
Lokman Mohd Tahir dan Nurul Qistin Mustafa , Mohd Hanafi Mohd Yassin ( 2009) . Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan pendidikan jil.24,73-87.
Mohd. Azhar Abd. Hamid , Sanitah Mohd. Yusuf. Esa Khalid . Othman A. Kassim. Kreativiti , Invensyen dan Inovasi: Suatu Cadangan Matapelajaran Pada Peringkat Sekolah Menengah.
Mohd Yusof Abdullah, Babarom Mohamad, Abdul Said Ambotang, Muhamad Suhaimi T all dan Sbukri Zain  (2011).  Pengajaran Kemahiran Berfikir amalan dan pengajaran dalam  pendidikan masa kini. Minda pendidik. (02.1102011)


Noor Azida Sahabudin, Mohamad Bilal Ali . Persekitaran Pembelajaran Personal: Perbezaan Dengan Sistem Pembelajaran Tradisional.

Rosnaini Mahmud , Mohd Arif Hj. Ismail , Jalalludin Ibrahim , Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di Kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia , Jilid 1, Nombor 1

NorFarhana Abdollah, Wan Fatimah Wan Ahmad , Emelia Akashah Patah Akhir, Design and Development Methodology of ‘ Komputer Saya’ : Multimedia Courseware for Slow Learners .
Department of Computer and Information Science, Universiti Petronas.

Partnership for 21st Century Skills  (http://www.p21.org/overview/skills-framework

Saturday, 3 March 2012

Perfectionist.


   ‘ Perfectionist’ adalah seseorang yang tidak senang dengan sesuatu yang tidak mencapai tahap standard yang tinggi. Jika mereka melakukan sesuatu pekerjaan mereka akan memastikannya sangat sempurna.Meletakakn sesuatu matlamat yang tinggi untuk diri mereka. Mereka juga suka mencabar diri sendiri dan selalu membuahkan sesuatu idea yang rigid. Seperti jika mereka katakan itu mesti hitam dan putih, maka tiada kelabu. Mereka sanggup mengorbankan masa tidur, makan untuk mencapai matlamat mereka. Tiada perkataan tidak boleh dalam hidup mereka. Walaupun hanya kesilapan kecil seperti, kesalahan tatabahasa, saiz huruf , warna huruf dan semua perkara kecil ketika membuat tugasan juga menjadi perkara besar bagi mereka. Mereka akan memastikannya sempurna tanpa cela.
      Jika dilihat dari segi pemakaian juga , mereka sangat mementingkan kekemasan. Warna pakaian juga sangat  di titik beratkan. Meraka juga menitik beratkan pandangan orang lain terhadap pemakaian mereka. Kritikan yang mereka terima dari rakan membuahkan rasa ketidaksempunaan kepada mereka. Mereka akan sedaya upaya mempertahankan idea dan keterampilan mengikut standard yang ditetapkan dalam diri mereka. Semasa penyediaan pemakaian, mereka akan memastikan tiada kedutan pada baju. Kadang-kala mengambil masa yang lama untuk mengosok atau ‘iron’ baju . Pemilihan pakaian juga menjadi sesuatu yang amat detail bagi mereka. Warna pakaian mestilah sesuai dengan assesori yang lain seperti tudung,seluar,kasut dan beg. Malah,mereka juga sanggup menghabiskan wang untuk membeli pakaian yang standard dengan status mereka .
     Melihat pada beberapa situsi di atas. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan mereka bersifat perfectionist ini. Pertama adalah, keinginan untuk bersaing sengit untuk hidup.Mereka sentiasa bersifat dahagakan kepuasan dan keinginan untuk menjadi tebaik. Kata lainnya, mereka tidak boleh hidup dan merasa sangat gagal jika tidak dapat mengekalkan potensi sebenar dan mencapai matlamat hidup mereka.
      Tambahan lagi, sikap telalu mementingkan pandangan sosial. Sifat autokrasi , penekanan pada pencapaian kejayaan oleh keluarga , jurulatih, guru juga mendorong seseorang menjadi perfectionist. Menetapkan tanda aras mesti megecapi kejayaan atau target yang dimahu adalah segala-galanya, menjadikan seseorang itu terlalu sensitif terhadap kegagalan. DIsekolah ,tempat kerja kegagalan adalah dilihat sesuatu yang tidak bernilai dan persaingan  sengit memberi penekanan yang kuat pada seseorang untuk mencapai target yang dikehendakki.Sebaliknya, kehidupan ini sememangnya mesti ada kegagalan. Kegagalan itu juga bukan penutup kepada sesuatu kejayaan, kadang-kala ianya adalah jalan pembuka pada sesuatu kejayaan..
     Melihat kepada keseluruhannya, menjadi seorang perfectionist bukan sesuatu yang teruk. Banyak kebaikkannya jika di lihat dari aspek positif. Menjadi seorang yang teliti, mengambil berat terhadap sesuatu yang orang lain pandang enting kadang kala boleh membuahkan sesuatu yang lebih baik daripada jangkaan. Malah,kadang-kala sikap ambil mudah dalam melakukan sesuatu perkara memakan diri sendiri. Galakkan yang di berikan oleh orang atasan,guru,ibu bapa untuk seseorang itu mencapai target yang mereka ingini seharusnya dilihat sebagai suatu cabaran yang boleh membakar semangat untuk membuat yang terbaik. Guru-guru, para ibu bapa, juru latih ,malah diri seseorang itu sendiri perlu melihat lebih pada usaha , perjalanan dan pengalaman yang dilalui untuk mencapai kejayaan itu sendiri daripada kejayaan yang dicapai Sebaliknya sikap seorang perfectionist yang anti kepada kegagalan boleh merosakkan masa depan mereka. Sifat redha dan menerima sesuatu perkara dengan tenang perlu  ada dalam seorang perfectionist .Oleh itu, dengan sikap bersungguh-sungguh, sukakan ketelitian dan di tambah pula dengan sikap tenang  dan tawakal pada tuhan . Kejayaan boleh dikecapi dengan baik. Menjadi seorang perfectionist itu bukan salah tapi perlu ada relevennya.

Thursday, 29 December 2011

Minggu 14(tugasan 9) Database Openoffice base

    Untu tugasan kali ini, saya tidak menggunakan openoffice data base kerana mengalami masalah teknikal.Sebagai altenatif lain, saya menggunakan micosoft Excess untuk membuat tugasan 9 ini.


                                                  Microsoft Excess



  • Blank data base > creat > 
  • Table:  Tukar id pada nombor pelajar ,> save pada file pelajar > tukar data type kepada text > isi maklumat yang di kehendakki.
  • form: creat> form
  • Queries: Creat > queries wizard >pilih jenis query yang di kehendakki > ok >pilih table query > pindahkan/ isi selected field > next > finish.
  • Report :  Creat > report.
  • Format: anda boleh menetapkan warna,title,masukkan gambar ( pada logo),setkan masa dan tarikh untuk membuat laporan.

p/s: Alhamdulillah,banyak sangat yang saya pelajari dalam kursus ini.  Bukan setakat ilmu ICT,namun ilmu tentang mengurus stress,masa, mempelajari ilmu kendiri yang banyak melatih diri untuk terus stabil untuk meneruskan menyiapkan tugasan dengan sebaik yang mungkin.Malah,banyak melatih saya menjadi lebih matang untuk menghadapi cabaran untuk masa sekarang dan hadapan.InsyAllah.segala ilmu ini akan saya manfaatkan . Terima kasih atas tunjuk ajar pensyarah saya Dr. Siti Fatimah binti MohdYassin dan Pn.Nur Hafizah Adnan. 

Wednesday, 28 December 2011

Spreadsheet (Minggu 13,tugasan 8a,8b)

            Open Office.Calc( 8a)( One year personal                       Financial Management)



Pada tugasan 8a kami perlu membuat belanjawan untuk setahun. Cara yang di gunakan untuk format  mengira  baki dan jumlah masuk adalah:

Menggunakan Function Wizard


  1. Klik pada bahagian baki ( pada kotak yang anda mahu) > function wizard > function > sum > pada 'number 1' masukkan  huruf yang mewakili garisan menegak dan masukkn nombor yang mewakili garisan melintang. 
  2. klik ok!
  3. Tarik sampai bawah dan hasilnya pada baki akan sekata mengikut formula yang di telah di tetapkan tadi.
Penggunaan 'sum'

ini adalah untuk penjumlahan keseluruhan .caranya.>>Tarik pada barisan melintang atau pun menegak yang di kehendakki, tekan butang sum pada bahagian atas.Ini akan menyebab kan bilangan akan terjumlah pada jumlah masuk.

Penggunaa = 

Sama dengan = adalah untuk set formula.


Cara untuk link di antara slide



Insert > sheet from file > pilih file yang di kehendakki > kilik pada file yang di kehendakki > ok



  Microsoft Excel( tugasan 8B)Jumlah Markah 
                               Pelajar                                   






Define name :   untuk tentukan nama pada sel supaya memudahkan untuk merujuk kembali untuk memudahkan membuat  formula.
    Cara untuk membuat define name : formula > define name > masukkan nam yang di kehendakki > ok!
Fill series : untuk mewarnakan series.

 Vlookup : melihat pada kolum yang paling tepi sekali dan akan mengembalikan jumlah pada row yang sama mengikut apa yang anda spesifikkan. untuk tugasan kali ini adalah untuk menyatukan peratusan markah pelajar dengan sejajar dengan gred yang telah di tentukan. caranya:= Vlookup( sel Peratusan markah bm, sel jumlah markah pelajar,sel gred peratusan markah pelajar,true)

Standard Deviation = gunakan STDEV .Caranya: STDEV( markah bm)

Average= untuk mengetahui purata  markah pelajar mengikut subjek. contoh : masukkan =average( tarik pada kolum bahasa melayu) atau pada kolum yang anda kehendakki. > enter.  caranya sama untuk mencari standard deviation.

 Countif : pada tugasan ini,ia untuk mengetahui jumlah gred pelajar,seperti yang mendapat A- berapa orang.
                caranya: = Countif( tarik semua sel bm, dan sel  jumlah markah bm hanya pada gred sahaja,) >    enter.



               Cara untuk membuat graf pada Excel.



  •             Insert > Colum > 2D
  • Chart layout adalah untuk memilih bentuk graf yang bersesuaian dengan tajuk anda.
  • Jika mahu menentukan elemen-elemen pada Y-axis and X-axis bolehlah  tentukannya pada series data.


P/s: Banyak yang boleh di aplikasikan dalam masa akan datang dan kegunaan untuk persediaan menjadi seorang guru.Amin.

Tuesday, 27 December 2011

Minggu 11 & 12, Tugasan 7a & 7b ( Creative Effective Multimedia Production)

                           Presentation Skills


                                                         http://www.presentation-skills.biz/


   Kami perlu menggunakan Impress pada tugasan 7a. Namun,file impress tidak boleh di muat turun dalam .google document .Oleh itu ia perlu di tukarkan pada file PDF. Pada tugasan 7a ini juga kami perlu memasukkan tentang hasil kajian semasa tugasan 5 (mini research).

Setelah memilih,presentation.Anda akan melalui beberapa langkah-langkah...
Presentation> Empty presentation( boleh pilih mana-mana) > next> ‘select a slide design’ boleh memilih slide mana yang anda minati> next> memilih efek pada video> creat.



Pada tugasan 7a kami hanya perlu memasukkan tentang hasil report dalam jurnal yang telah kami buat pada tugasan yang ke 5.
Pada tugasan 7a ini kami perlu memasukkan gamba graf yang banyak.Oleh itu,cara untuk memasukkan gamba dalam impress adalah:
Insert>Picture> from file>(pilih gamba yang anda mahu!)

Pada tugasan 7b pula,kami perlu memasukkan kandungan tentang tajuk kami Kemahiran Abad ke 21 dengan menggunakan kaedah apa.bagaimana,bila,siapa,mengapa.Kami juga perlu memasukkan 
  • Animasi yang perlu di buat di GIMP
  • Audio record di audacity
  • Video pada Windows Movie Maker
Penambahan di atas juga adalah salah satu cara untuk membuatkan pembentangan anda menjadi menarik!

Membuat Animasi di GIMP!

  • file> open>pilih fail imej mana yang anda kehendakki>klik pada rectangle select tools/ellipse select tool( toolbox)
  • Crop gambar pada bahagian yang anda ke hendakki> edit> copy
  • pergi pada gambar yang anda ingin tampal gambar>Klik kanan pada tetikus>edit>paste
  • Lihat pada box layer,channel,path,undo..terdapat floating image> klik kanan tetikus>klik pada new layer.
  • Jadi gambar yang anda tampal tadi telah mempunyai layer sendiri.
  • Anda perlu membuat layer melebihi 3 lapis.Oleh itu,perlu lah mengulangi langkah-langkah di atas .
  • Setelah itu,Pergi pada filter > animations > pilih animasi jenis(blend,wave,wrippling,burn-in,spinning globe.
  • Setelah aplikasikan animasi tadi,pergi pada filte >animation> playback >play
  • Untuk menyimpan image animasi: file > save as > select file type > GIF image 
  • Akan keluar (export file) pilih save as animation( untuk menetapkan gamba dalam keadaan animasi,kalau pilih flatten image ,gambar tidak boleh dalam keadaan animasi apabila di paparkan) + convert to indexed to default setting (untuk mengekalkan keadaan warna mengikut pilihan jenis file yang kita pilih,seperti gif ,oleh itu,gambar akan di kekalkan dalam jenis gif. Hanya jenis file GIF sahaja yang membolehkan gambar dalam bentuk animasi) >export > akan keluar (image are you trying to save contain layer  which extend beyond the actual layer of the image.) tekan sahaja crop > save.



Di bawah ini adalah contoh imej animasi untuk tugasan ini,untuk melihatnya sila tekan kanan tetikus> open in new tab. =)

Cara untuk membuat audio di Audacity.

 untuk download audacity


file > open ( pilih lagu yang anda mahu masukkan) ,unuk mengabungkan dengan lagu yang lain. masukkan file seperti langkah tadi. Untuk mengabungkan bahagian-bahagian lagu yang anda mahu, 
  1. Pastikan keadaan lagu dalam keadaan terhenti, atau tekan butang (stop).
  2. Tekan kiri tetikus dan tarik ( akan keluar kawasan biru) sehingga bahagian yang anda mahu.> tekan pada cut(gambar gunting) / copy > paste pada bahagian-bahagian gelombang bunyi yang anda mahu.Anda boleh melihat pada saat keberapa panjang gelombang bunyi yang dipaparkan seperti di 'saat-saat pada lagu'
  3. untuk memainkan lagu tekan pada save,untuk rekod suara teka pada record( butang merah bulat)
  4. untuk save file musik yang telah anda edit, file >export as WAV> save.

Membuat vidio di Windows movie maker
    




Add vidio and  photo: klik padanya dan anda boleh meletakkan gamba pada vidio anda.
Title: Adalah untuk memaparkan tajuk pada slide-slide vidio anda
Caption : ini pula anda boleh menambah perkataan pada gambar-gambar yang anda paparkan untuk vidio.
Add music:  Adalah untuk menambah lagu pada vidio anda, untuk menetapka lagu sesuai dengan masa vidio,anda bolehlah klik pada fit to music.
Auto Movie : Untuk meringkaskan kerja mengedit animasi pada vidio,slide juga akan di aturkan dengan automatik .
Animation: Untuk  menambah animasi pada slide vidio.
visual effect : menambah efek pada slide-slide vidio sama ada efek black and white, sephia, dan pelbagai lagi.
Edit : untuk menentukan masa yang sesuai untuk vidio,sama ada untuk memanjangkan masa atau mempercepatkan.


Untuk menyimpan vidio :

Save as: jika di simpan melalui ini vidio masih dalam keadaan slide-slide yang boleh di edit kembali.
Save movie:  simpan dalam keadaan standard defination, vidio dalam keadaan yang sempurna,tidak boleh di edit.



Power Point


Penggunaan  pada power point adalah agak sama dengan impress( open office)



Wednesday, 30 November 2011

Multimedia in Education.(Minggu 9-10).(Tugasan 6)

2D Graphic Editing Software...


Perbezaan Bitmap dan Vector.


Bitmap.


1) Biasanya penggunaannya menggunakan photoshop,GIMP.
2) Jenis tipe(jenis hak ciptaan kepada suatu peranti atur cara atau fail)gambar yang menggunakan pixel,jika semakin rapat pixel maka semakin bagus kualiti gamba tersebut.
3) Gambar akan pecah apabila di zoom.
Terdapat dua elemen yang mempengaruhi kualiti gambar iaitu resolusi dan keamatan(intensities)
4)Resolusi: jumlah titik persatuan luas,biasanya dalam dot per inchi ataupun satuan DPI.
5) Keamatan(intensities) adalah tentang kedalaman warna seperti grayscale,RGB,true colour,black & white.
6)Ukuran fail besar dari vector.
7) Format yang di gunakan BMP,JEG,GIF.
8) digunakan dalam penggunaan fotografi dan lukisan digital.


Vector.


1) Tipe gambar yang di buat dari garis-garis kurva( garis lengkung) 
2)Menggunakan konsep matematik bagi menentukan panjang,posisi, arah letak garis yang di gambarkan.
3) Ukuran vektor relatifnya adalah kecil.Menyebabkan jika gambar di perbesarkan kualiti gambar adalah tetap.
4)Jika gambar di perbesarkan tidak menghasilkan gambar yang pecah-pecah kerana tidak menggunakan pixel tetapi menggunkan koordinat.
5) Vector tidak di pengaruhi oleh resolusi.
6) Sesuai untuk di gunakan untuk membuat logo atau objek-objek lain yang memerlukan perubahan skala/dimensi.
7) format fail yang selalu digunakan adalah EPS.


Rujukan:http://untitled-pages.blogspot.com/2011/10/apa-itu-grafis-bitmap-vektor-dan-oktet.html







Anda mengalami keadaan gamba yang di simpan mengalami kualiti yang rendah,pecah-pecah,retak-retak.?Ini semua adalah kerana kualiti sesuatu gambar itu bergantung pada format yang anda gunakan untuk menyimpan gambar tersebut.Antara formatnya adalah..JPEG,GIFF,TIFF,BMP,PNG,,WMF.


...JPEG.....(Join Photography Expert Group)


1)Menyimpan informasi warna 24-bit per pixel atau sama dengan 16,,7 juta warna(True-colour)
2)Sesuai untuk gambar photografi.
3)Ini adalah kaedah yang biasa digunakan untuk melakukan compression lossy  ataupun teknik mampatan yang intensif dan menimbulkan efek gradiasi.
4)Efek gradiasi boleh dikurangi dengan menyimpan gambar pada kualiti gambar yang tinggi.


Rujukan= 1) http://en.wikipedia.org/wiki/JPEG
        2http://wssid.org/blogs/sonya_eka_pratiwi_sby/archive/2007/09/24/sonya-eka-pratiwi.aspx


Contoh gambar yang di simpan melalui fail JPEG.






Gif


 1) Menyimpan informasi warna hingga 8-bit per pixel atau sama dengan 256 warna.
2)Sesuai dalam penggunaan gambar grafik dan clip-art
3) efek mampatannya sangat sedikit sehingga menyebabkan penurunan kualiti gambar.
4) Ukuran file ini besar kerana sedikit efek kemampatannya menyebabkan ia tidak sesuai untuk photography.
.


Rujukan; 1) http://wss-id.org/blogs/sonya_eka_pratiwi_sby/archive/2007/09/24/sonya-eka-pratiwi.aspx

                  2)
http://wssid.org/blogs/sonya_eka_pratiwi_sby/archive/2007/09/24/sonya-eka-pratiwi.aspx//www.


dedepurnama.com/2010/12/apa-itu-format-gif.html
                                                   
          Gambar yang di simpan melalui fail GIF                .




Apa itu warna RGB dan CYMK ??




  • RGB: Red-Green-Blue yang mana adalah juga warna asas.
  • Mengubah warna kedalam kod-kod angka sehingga warna menampil universal.
  • Mengabaikan warna hitam.
  • Digunakan pada monitor,LCD,Televisyen,image scanner.
  • Tidak boleh digunakan untuk printer colour kerana akan menghasilkan warna yang tidak sama seperti di skrin komputer riba anda.

CMYK






  • C: Cyan
  • M:Magenta
  • Y: Yellow
  • K: Hitam
  • Sesuai untuk printing.
  • Mengabaikan warna putih.
  • Mengahasilkan warna yang sepadan dengan apa yang di lihat pada skrin dengan apa yang di print.

Bitmap Editor:

Microsoft Paint



  • Tiada Layer, jika mahu edit kembali gamba yang telah siap perlu membuat suatu imej yang baru kembali.
Microsoft Power Point (Vector Grafik )

  • Ada layer mahu edit kembali apa yang di buat amat mudah,hanya klik pada image yang di kehendakki dan boleh di ubah-ubah.


Klik kanan pada tetikus>size and position

GIMP



  • Penggunaannya adalah agak sama dengan photoshop.
  • Mempunyai layer-layer yang memudahkan untuk saya mengedit kembali imej brochure  saya jika ada perlu.
  • Cara penyimpanan imej pada gimp,jika perlukan untuk edit-edit kembali.Anda perlulah save pada format simpanan xcf,kerana layer-layer yang kita buat masih tersimpan.Jika anda save pada format simpanan jpg,png,gif layer-layer anda tidak akan di simpan ,walaupun anda membuka kembali fail pada  GIMP.
  • Cara Menampal Gambar di GIMP.
  • file> open>pilih fail imej mana yang anda kehendakki>klik pada rectangle select tools/ellipse select tool( toolbox)
  • Crop gambar pada bahagian yang anda ke hendakki> edit> copy
  • pergi pada gambar yang anda ingin tampal gambar>Klik kanan pada tetikus>edit>paste
  • Lihat pada box layer,channel,path,undo..terdapat floating image> klik kanan tetikus>klik pada new layer.
  • Jadi gambar yang anda tampal tadi telah mempunyai layer sendiri.
  • Pada bahagian atas GIMP juga anda boleh menggunakan.
  • Image: edit size,crop imej,
  • Colour: Menambah kegelapan atau kecerahan imej,menambah efek warna pada imej.
  • Filter: menambah efek-efek lain pada imej.
  • Jika anda mahu menambah perkataan klik pada (A) pada toolsbox.
  • Setiap kali anada mahu menambah gambar atau pun perkataan perlulah menambah layer baru.




Google Draw (Vector Graphics for Online Collaborative)
  • Google doc> Create> drawing.
  • Penggunaannya banyak yang sama dengan paint.cuma ini adalah secara maya.Format grafik yang digunakan juga adalah vector,seperti di Microsoft power point yang ada penggunaan layer.Ini adalah berbeza dengan paint yang tidak menggunakan layer.


             
                                        Microsoft Publisher




  •   Publication type>Brochure>Pilih rekaan brochure yang anda kehendakki.Bolehlah mengisi bruchure dengan isi kandungan anda!
  • Cara untuk menambah gambar..Insert> Picture> from file> pilih file gambar yang anada kehendakki.




  • Penggunaan format publication.








  • Page option: anda boleh menulis isi kandungan brochure di sini.
  • Colour Schemes: untuk menukar warna tema brochure anda..
  • Front schemes: Menukar style huruf brochure
  • Brochure option: Menukar style brochure anda.

                  Cara membuat  booklet di Microsoft Office

                                   Page layout >Page setup>margins>Pages>multiple pages>book fold





Front page brochure dan booklet group saya.Hasil penggunaan GIMP,Paint dan lain-lain.





Sekian.=)










Sunday, 13 November 2011

Miggu 7&8,Tugasan 5.( SPSS dan Laporan Berformatkan Artikel Jurnal)

                                    What is SPSS??


    SPSS adalah program komputer yang digunakan untuk membuat analisis statistik.SPSS digunakan untuk data  penyelidikan,organisasi pemasaran dan pelbagai lagi.Kita boleh mendapat hasil kajian dengan melihat pada purata,mode,median,dan peratusan analisis. SPSS di buat oleh SPSS Inc. SPSS( Statistical Package for the Social Science) . Versi yang pertama kali di keluarkan adalah dicipta oleh Norman Nie pada tahun 1968.Beliau adalah seorang lulusan Fakulti Ilmu Politik dari Universiti Stanford.Sekarang beliau adalah profesor Peneliti Fakulti Ilmu Politik di Stanford dan Profesor Emeritus Ilmy Politik di Universiti of Chicago.

Rujukan:
http://kiwil-wahyuariyadi90.blogspot.com/2010/01/apa-itu-spss.html




                            Cara Menggunakannnya.


Anda perlulah mengisi data pada Variable view terlebih dahulu!.





Data-data di variable ini akan di gunakan pada data view untuk mengisi hasil kajian anda.
Fungsi-fungsi  variable adalah:

Name:  Tajuk utama pada setiap soal selidik.( contohnya  tajuk utama bagi soalan soal selidik contohnya, S1(soalan 1) sebagai tajuk pada data view. 

Type: Jenis data untuk di rekodkan. ( jenis numeric,dot,string)

Width:kelebaran yang akan di paparkan pada data view.

Decimal:  numbor perpuluhan yang akan di paparkan apabila anda melihat pada “value level”

Label: Anda boleh memasukkan soalan-soalan soal selidik anda.

Values:  number untuk jawapan daripada jawapan anda. Contohnya ; 1=lelaki 2= perempuan)

Columns:  menunjukkan kelebaran colum variable pada Data view.

Align: mentukan sama ada data adalah left justified(mengarah ke kiri),right justified (mengarah ke kanan), ataupun centre( tengah-tengah)
Measure Menerangkan keadaan pengukuran kajian kita.
Nominal=lebih daripada dua kategori,contohnya spesis kehidupan ada yang omnivore,karnivor,herbivore.
Ordinal=sama macam nominal, tetapi mempunyai aturan logic  contohnya  sangat tidak setuju,kurang setuju,setuju,sangat setuju.).




Data View.



Barisan menegak adalah senarai data. Anda bolehlah memasukkan jawapan-jawapan hasil soal selidik ataupun apa-apa hasil kajian anda di sini.
Klik pada data view ,anda  boleh memasukkan hasil data kajian anda,jika mahu lakukan pembetulan bolehlah pergi kembali pada variable view dan lakukan pembetulan di situ.



Cara untuk Tampal maklumat graf dan hasil analisis di word pad ataupun                                microsoft office!

Klik pada graf yang di kehendakki> Edit > copy > paste ( pada microsoft words )

rujukan; http://my.ilstu.edu/~mshesso/SPSS/spss_windows.html#dataview



 Cara-Cara Untuk Membuat Graf



Untuk mendapatkan graf yang kita boleh dapatkan kaitan X-axis dan y-axis.Contohnya kita mahu kaitan jantina dengan soalan yang pertama.Kita boleh menggunakan cara ini!!

Graf > Chart Builder>(keluar soalan) klik  ok>Pilih graf pilihan dan double kilk> Pastikan measure graf anda adalah nominal @ ordinal >Masukkan variable ke kotak-kotak yang berada di keliling graf  >Klik ok!

Langkah seterusnya,anada boleh copy dan paste graf pada Microsoft words ataupun Open Office atau dimana-mana anda suka.



*Untuk import data daripada online questionaire spreadsheet anda perlu memastikan variablenya adalah sama.
-Data view>Data>Merge>Analyze>descriptive data>frequencies.
-Outputnya akan di tayangkan pada SPSS viewer.


**********************************************************************************


  Report in JURNAL??




Cara untuk membuat report tetapi menggunakan formal artikel jurnal.


1) Tajuk= Berdasarkan kaitan kajian .
2) Abastrak= Secara keseluruhannya ianya adalah untuk menyatakan keseluruhan kajian,seperti sinopsis Abastrak juga adalah rujukan bagi seseorang untuk mencari bahan bacaan.



  • Biasanya 200 patah perkataan.  atau setengah halaman sahaja.
  • Mengolah persoalan kajian,latar belakang masalah,kepentingan masalah,nyatakan masalah.
  • Pendekatan metadologi, secara ringkas terangkan tentang langkah-langkah melakukan soal selidik,skop kajian,tentang subjuk kajian.
  • Hasil kajian, olah dengan ringkas hasil kajian,keputusan secara kualitatif,peratusan,min,atau jumlah.Nyatakan keputusan berdasarkan objektif kajian.
  • Ringkasan kesimpulan,berdasarkan fakta dan kajian.

 3)Pengenalan.

  • Latar belakang kajian,rumusan kajian.
4)Kajian lepas, adalah untuk mencari model kajian yang boleh mendukung kajian kita,mencari definisi,menentukan lingkup penelitian,topik-topik yang boleh dijadikan penelitian kajian kita.Dalam kata lain,ianya adalah untuk merangka teori untuk dijadikan penelitian dalam kajian kita.



  • Membaca penulisan ilmiah yang lepas
  • Menilai penulisan itu.Pastikan penulisan adalah berkualiti,boleh dipercayai,objektif yang berkaitan dengan tujuan kajian dan mencukupi.
  • Membuat ringkasan penulisan ilmiah dalam penulisan itu
  • Gabungkan penulisan ilmiah tersebut menjadi sesuatu yang anda boleh jadikan penyelesain masalah kajian anda. Bagi pendapat sama ada anda setuju dengan pandangan mereka atau sebaliknnya.
5) Metadologi kajian.

  • Terangkan secara teliti bagaimana anada membuat kajian itu. seperti membuat carta alir langkah-langkah membuat kajian.
  • Nyatakan cara pengumpulan maklumat,contoh,dimana membuat kajian,berapa orang diperlukan,instrument-instrument yang di guna.
  • Berikut adalah ringkasan carta alir langkah-langkah membuat kajain saya.

6)Dapatan kajian
  • Kumpulkan semua data,graf ataupun jadual min atau apa-apa hasil kajian kualitatif mahupun kuatitatif.
  • Nyatakan data-data hasil soal selidik.
  • Bincangkan secara ringkas.
7) Perbincangan
  • Bincangkan dengan teliti hasil kajian anda.
  • Kaitkan hasil data dengan objektif kajian,
  • Bincangkan permasalahan dan kaiatan dengan hasil data.
8) Cadangan dan Kesimpulan.
  • Simpulkan dengan teliti keseluruhan dapatan kajian,objektif tercapai atau tidak
  • Berikan pendapat kebaikan kajian anda cara untuk menagani permasalahan yang anda dapat daripada kajian.

   Rujukan:   
http://contohtugasan.blogspot.com/2010/10/menulis-kajian-lepas-literature-review.html


http://carapedia.com/pendahuluan_laporan_info326.html


http://www.ftsm.ukm.my/ts/panduanprojek/abstrak.htm