Monday 14 May 2012

Penerapan elemen kemahiran abad ke 21 dalam pendidikan khas.


A. PENGENALAN

          Malaysia pada era globalisasi ini menggalas cabaran untuk mencapai wawasan 2020 yang bertujuan untuk menjadikan Malaysia  sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Dimaksudkan , bukan sahaja bidang ekonomi , tetapi juga bidang-bidang politik , sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial. Namun, siapakah yang berperanan untuk membantu membentuk masyarakat bagi mencapai matlamat ini? Adakah matlamat ini boleh dicapai dengan memberi sepenuh tanggungjawab kepada individu? Semestinya tidak. Bagi mencapai wawasan kerajaan yang dibentangkan oleh Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana menteri  Malaysia ketika itu, peranan masyarakat itu sendiri adalah faktor utama untuk mencapainya. Hal ini juga, institusi pendidikan  adalah  salah satu faktor yang penting  bagi merialisasikan wawasan ini. Namun, bila kita lihat apakah kekuatan yang ada dalam sistem pendidikan kita mencukupi untuk mencapai wawasan ini?
         Kejayaan dalam bidang akademik pada masa kini menjadi kayu pengukur bagi seseorang individu.  Sistem pengredan dalam sekolah menyebabkan pelajar kurang kemampuan dalam akademik  terpinggir.  Kadang-kala  mereka ini tidak di beri peluang untuk mencari kemahiran yang tersirat dalam  diri mereka kerana tersekat dengan desakan sekeliling yang mementingkan anti dakwat merah di kad laporan.  Disebabkan fenomena ini,  kepentingan penerapan sifat kreativiti, berfikiran kritis, inovasi  semakin banyak di perkatakan bagi meningkatkan  lagi mutu  sistem pendidikan di Malaysia. Kajian daripada Dr. Yoshiro Yakamatsu, untuk menjadi negara yang  kreatif, organisasi yang kreatif  dan individu yang kreatif, budaya kreativiti, invensyen dan inovasi haruslah dipupuk dan di beri penekanan pada pelbagai peringkat. Justeru, untuk melahirkan negara yang kreatif, ianya bermula dari penerapan sikap kreativiti dalam budaya yang akan memberi pengaruh pada masyarakat dan seterusnya memberi impak pada negara.   
 
        Hal ini juga boleh diperkuatkan lagi dengan penyataan  Peter Drucker(1998) dalam bukunya On The Profession of Management mengatakan bahawa persaingan pada abad ini memerlukan sesebuah kreativiti dan inovasi sebagai kemampuan  sesebuah organisasi untuk Berjaya dan berdaya saing dalam dunia globalisasi.  Hal ini menunjukkan betapa pentingnya keperluan inovasi, kreativiti dalam bagi membentuk satu negara yang maju dengan rakyatnya yang sentiasa bersedia untuk bersaing ke peringkat dunia. Oleh itu, penerapan ini seharusnya diterapkan dari bangku sekolah lagi kerana melentur buluh biarlah dari  rebungnya. Jika kita lihat negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman , Perancis mereka mengambil berat dalam matapelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi dalam pendidikan. Malah, Malaysia sendiri seharusnya menjadikannya contoh  menjadikannya saingan untuk menjadi   lebih maju dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi.

      Aspek pembelajaran berteraskan pemikiran kritikal, penyelesaian masalah, kemahiran metakognisis, literasi era digital (digital-age Literacy), pemikiran inventif (Inventive Thinking), komunikasi efektif (effective communication), dan produktiviti tinggi (high productivity) merupakan agenda cabaran abad ke 21 yang perlu diterapkan dalam sistem pendidikan. Terdapat beberapa kajian tentang Kemahiran Abad 21 yang telah diperolehi dari pelbagai bahan. Menurut kajian Shepperd, (1998) selama sembilan minggu terhadap lima belas orang pelajar kumpulan dan mendapati signifikan dari aspek kemahiran berfikir secara kritis. Mereka menunjukkan peningkatan yang lebih baik dari segi pembelajaran dan keyakinan . Boaler (1997) dalam Thomas (2000) subjek kajian seramai tiga ratus orang mendapati bahawa dalam peperiksaan awam, lebih ramai pelajar di sekolah yang menggunakan kemahiran yang terkandung dalam kemahiran Abad 21 lulus dengan cemerlang. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pelajar yang diajar menggunakan pendidikan  ICT lebih progresif, bersifat terbuka dan mampu menggunakan pengetahuan mereka dengan baik dalam pelbagai situasi , mampu menggunakan pengetahuan mereka untuk menyelesaikan masalah dan mengaitkannya dengan kehidupan sebenar mereka. Bernt et al. (2005) dalam kajiannya mendapati keberkesanan Kemahiran Abad 21 dalam pengajaran memberi pengalaman yang bermakna kepada pelajar, memupuk rasa tanggungjawab, mewujudkan persekitaran pembelajaran berfokuskan pelajar, merentasi pelbagai bidang ilmu dalam kurikulum, meningkatkan kemahiran bekerja secara kolaboratif dan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT.











B) ISI KANDUNGAN
      Pada tahun 1981, perdana menteri Malaysia ke empat iaitu  Dato’ seri Dr. Mahathir Mohamad  telah di lantik sekali gus memacu pembangunan industri , sains, teknologi dan komunikasi maklumat (IT) ( Ruslan, 2003).  Cabaran abad 2020, yang di ketengahkan oleh beliau bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Namun ianya tidaklah mustahil jika Malaysia memberikan perhatian sepenuhnya pada pembangunan sumber manusia. Hal ini menurut Perdana Menteri (1991) ;  “ …amatlah jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat, kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyat. Tenaga otak adalah sumber yang jauh lebih berharga daripada sumber-sumber alam. Rakyat adalah sumber kita yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya, Malaysia mestilah memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan manusia yang amat penting ini”.  Justeru pembangunan insaniah itu bukan setakat di fokuskan terhadap akademik sahaja tetapi juga aspek kemahiran abad ke 21 itu.

      Senario di sekolah yang masih berlaku pada saat ini ialah cara pembelajaran yang berpusatkan guru. Cara pengajaran yang hanya memberi peluang pada murid untuk menerima maklumat dan pembelajaran yang hanya bermatlamatkan pencapaian akademik bukan lagi cara efektif dalam mendidik . Melihat pada wawasan 2020, peranan sistem pendidikan ialah untuk mendiidk dan menghasilkan rakyat yang bukan sahaja berpengetahuan & berketerampilan tetapi boleh berfikir secara kreatif.  Menurut  ( Mohd, Baharom, Abdul . 2011) “guru memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dengan menyediakan pelajar ke arah mencapai matlamat dan wawasan pendidikan. Oleh itu, tahap pengetahuan guru dan persepsi guru terhadap pengajaran kemahiran berfikir akan mempengaruhi  amalan dalam pengajaran” . Justeru, keyakinan dan kesedaran dalam diri guru itu sendiri seharusnya di didik terlebih dahulu supaya apa yang dipegang dapat diaplikasikan dalam mendidik anak murid. Kemahiran berfikir itu termasuklah cara pemikiran yang kreatif, mahir strategi pemikiran metakognitif, pemikiran kritis, inovasi dan futuristik.

       Faktor mengapa aspek kemahiran berfikir tidak ditekankan oleh guru adalah  menurut
 ( Mohd. Baharom. Abdul. 2011) sorotan kajian terkini, pelajar perlulah terlebih dahulu mengetahui semua fakta dan konsep matapelajaran sebelum mereka digalakkan untuk berfikir. Tetapi setelah mengajar semua fakta dan konsep masa pula tidak mengizinkan untuk menggalakkan pelajar berfikir. Faktor kedua ialah penekanan kepada antaranya ialah sesetengah guru berpendapat  bahawa penekanan kepada peperiksaan yang mementingkan pengujian kebolehan pelajar mengingati kembali fakta . Sebahagian guru pula berpendapat bahawa pengajaran kemahiran berfikir akan mengambil masa yang lama dan membebankan guru dan mereka lebih menumpukan pengajaran kemahiran berfikir itu hanya kepada pelajar pintar sahaja.  Faktor keempat  dan yang paling ketara adalah guru sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk mempertingkatkan daya pemikiran pelajar mereka dan hanya mengajar untuk menghadapi peperiksaan. Mereka berpendapat bahawa mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan memperkembangkan daya pemikiran pelajar adalah dua matlamat yang bercanggah.
   
     Melihat pada faktor yang diketengahkan, hal ini tidak boleh sama sekali berlaku pada guru-guru. Terutaman sekali guru yang mengajar pendidikan khas. Seperti yang kita ketahui definisi pendidikan khas ialah program pendidikan yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami pelbagai kecacatan / kurang upaya.  Justeru penglibatan guru dalam aliran ini sangat memerlukan cara pengajaran yang kreatif,inovatif dan kritis kerana ianya melibatkan pelajar yang memerlukan cara pengajaran yang berbeza dengan aliran perdana dan mereka juga memerlukan pendekatan yang sesuai dengan kelainan upaya yang mereka miliki. Oleh itu, konsep pembelajarn individu yang menekankan pada Menurut cara  model gaya pembelajaran Dunn & Dunn boleh juga di gunakan dalam pengajaran pelajar berkeperluan khas kerana menekan aspek pengajaran berteraskan keperluan pelajar . 

      Beliau menekankan prinsip-prinsip kebanyakkan individu mampu dan boleh belajar dan setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu. Seterusnya, gaya pembelajaran individu bertindak balas dengan iklim , sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran. Prinsip yang terakhir ialah dengan iklim, sumber dan pendekatan pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran  justeru seseorang dapat mengoptimumkan proses pembelajarannya. Oleh itu kita mengetahui bahawa setiap pelajar itu mempunyai gaya pembelajaran sendiri dan gurulah yang berperanan untuk mengolah cara pengajaran yang sesuai mengikut kehendak pada pelajar. Justeru , satu persekitaran pembelajaran yang dikenali sebgaai Personalised Learning Environment (PLE) telah diperkenalkan supaya bersesuaian dengan keperluan pelajar. Menurut David Miliband( 2003) , pembelajaran personal adalah peluang untuk meningkatkan produktiviti sistem pendidikan dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan individu dan menjadikan pelajar lebih aktiv dalam pembelajaran yang efektif.  Justeru jika mahu di kaitkan dengan aliran pendidikan khas. Corak pembelajaran berteraskan pelajar perlu ditekankan, namun bagi memenuhi keperluan mereka  guru juga perlu memberi bimbingan yang sebaik mungkin sebelum menguji mereka dengan kaedah mandiri dalam mengaplikasikan apa yang di pelajari. Hal ini, akan membuatkan mereka lebih berdikari dan tidak hanya bergantung pada orang lain.
  
        Penggunaan teknologi IT dalam pembelajaran di sekolah bukan lagi perkara yang baru di negara kita. Kerajaan sendiri telah melaburkan berjutaan ringgit untuk menyediakan kemudahan komputer dan perisaian yang sesuai dengan pengajaran  di sekolah. Namun, ada segelintir sekolah yang mengambil mudah soal ini. Penggunaan bilik IT disekolah hanyalah sekadar memenuhi syarat dan tidak  digunakan sepenuhnya untuk pengajaran.  Sekolah seharusnya menjadi tempat di mana pelajar memperoleh kemahiran yang boleh di aplikasikan di luar bilik darjah serta sewaktu memasuki alam pekerjaan . Hal ini kerana keperluan pelajar pada masa ini juga adalah berbeza daripada pelajar masa dahulu. Mereka kini sangat berminat menggunakan teknologi serta mengharapkan pembelajaran mereka di sekolah menarik dan mencabar. ( Tappscott, 2003) . Namun , menurut  ( Ashinida et al,  2004;  Nor Azilah & Mona, 2004; Robiah et al, 2003; Mohd. Jasmy et al, 2003; Siti Aishah et al, 2002;  Abd. Rahman, 2000; Bahagian Teknologi Pendidikan,  1999), penggunaan ICT dalam kalangan guru di sekolah menunjukkan tahap yang rendah.

         Oleh itu, kita boleh lihat keperluan pelajar dalam penggunaan ICT sangat perlu dititik beratkan bagi memvariasikan lagi teknik penjagaran yang lebih kreatif. Guru  perlu menginovasikan  kemahiran dalam diri dengan menguasai teknik-teknik pengajarn penggunakan ICT supaya boleh memenuhi keperluan pendidikan yang menitik beratkan soal kreativiti, inovatif, literasi maklumat dan pemikiran kritis.  Terutama sekali dalam aliran pendidikan khas, hasil tinjauan dari  Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulai , Johor. Guru disana menyatakan banyak teknologi terkini yang dihasilkan bagi membantu para pelajar pendidikan khas, namun tidak dapat digunakan pada tahap maksimum kerana kurang guru yang berkemahiran dalam menggunakannya. Contohnya penggunaan alat  bantuan mengajar pelajar masalah penglihatan iaitu mesin JAWS ( Job Access with Speech (JAWS) .
      
        Contoh inovasi teknologi pendidikan untuk pelajar masalah pembelajaran yang di buat kajian oleh Norfarhana Abdollah, Wan Fatimah Wan Ahmad , Emelia Akashah Patah dari Universiti Petronas ,  kajiannya ialah untuk  “membangunkan sebuah perisian multimedia atau koswer untuk membantu pelajar lembam dalam pembelajaran mereka sekaligus meningkatkan minat dan motivasi mereka dalam pembelajaran seharian. Koswer ini diberi nama Komputer Saya, dihasilkan berdasarkan tema pembelajaran multimedia, dimana tema ini adalah termasuk dalam bidang akademik berfungsi didalam Sukatan Pembelajaran untuk Pelajar Bermasalah Pembelajaran.  Produk ‘software’nya yang berwarna warni, mudah untuk difahami boleh meransang pegunaan menyeluruh sensori pelajar dan seterusnya menghasilkan pembelajaran berkesan” . Menurut  ( Wah , Desember 2007) “ natural of multimedia application itself which can combine both pictorial and narrative instructions, added with user-interactivity can promote multi-sensory learning (auditory, visual and kinesthetic) which suits the learning needs of slow learners (Schools). Besides, multimedia learning resources also able to increase their motivation for learning”  (Wah, December 2007 . Oleh itu, pihak sekolah sendiri perlulah menyediakan kursus khas untuk meningkatkan kemahiran guru-guru  novis mahupun guru lama dalam  penggunaan teknologi ICT.






        Pendidikan aliran taknik dan vokasional juga adalah satu inisiatif pendidikan yang boleh meningkatkan kemahiran soft skills  , kreativiti, inovasi , dan pemikiran kritis pelajar. Pelajar pendidikan khas juga perlu di perbanyakkan lagi pendedahan pada arus pendidikan kemahiran ini . Hal ini kerana , Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan individu normal yang lain supaya mereka tidak tersisih daripada arus pembelajaran nasional kerana ada dalam kalangan mereka mempunyai kecerdasan kognitif yang standing dengan individu yang sempurna malah mereka mampu melebihi pancapaian pelajar yang normal. (Adam, 2003; Ali, 2007).  Dalam usaha mendidik golongan ini, kemahiran yang tinggi yang dimiliki khususnya dalam bidang teknikal dijangka akan dapat membantu mereka merasa tidak tersisih serta mampu belajar dengan lebih berkesan. ( Lokman.Mohd,2009). Aliran teknik dan vokasional ini lebih menjurus terhadap pendidikan yang berteraskan pembelajaran yang menyediakan pelajar untuk ke alam pekerjaan. Malah, aliran sebegini juga mendidikan pelajar pendidikan khas yang biasanya mempunyai masalah komuniksasi  sosial lebih terdedah dengan persekitaran masyarakat dan membuatkan mereka lebih berkeyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Malah, kemahiran yang di ajarkan kepada mereka sememangnya adalah kemahiran yang diperlukan oleh industri pada masa kini. Contonya seperti kemahiran yang di ajar ialah urutan refeksologi (masalah penglihatan,) catering, kursus chambermaid, pengurusan saloon dan pelbagai lagi.   Bagi sekolah pendidikan khas aliran biasa, untuk meningkatkan kemahiran soft skills dalam diri pelajar, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh membantu mereka.  Aktiviti di  sekolah yang lebih bersifat mencungkil bakat dapat mencorak kreativiti dan pemikiran kritis pelajar. Contohnya membuat pertandingan berasaskan kesenian, program amal, kem kerjaya dan jati diri . Lawatan sambil belajar dapat mendedahkan pelajar dengan situasi masyarakat sebenar dan menambahkan pengetahuan am mereka.

       Penekanan pada spek kerohanian juga adalah sesuatu yang sangat penting untuk menghasilkan pelajar  yang  bukan sahaja bijak dalam kurikulum namun mempunyai rohani yang mantap. Apabila seseorang pelajar itu mengamalkan apa yang ditekankan pada agama, justeru kebarangkalian untuk mereka menjerumus ke gejala tidak sihat adalah minimum. Seperti yang kita ketahui semua agama itu menitik beratkan soal keperibadian akhlak yang baik dan melarang perlakuan mungkar. Penerapan nilai agama ini harus ditekankan sejak peringkat pelajar sekolah rendah lagi. Peranan guru disekolah mengajar agama  seharusnya disusuli dengan peranan ibu bapa dirumah yang perlu memantau sikap anak supaya apa yang dipelajari boleh diamalkan dirumah atau di mana-mana juga. Sepanjang proses pengajaran juga guru harus memainkan peranan psykologi yang baik supaya dapat menjalainkan hubungan yang sihat dengan para pelajar. Hubungan antara guru dan murid yang akrab dapat memberikan impak yang lebih baik dalam pengajaran dan pembelajaran. Malah guru juga dapat memahami tingkah laku pelajar dengan lebih spesifik dan dapat menyesuaikan kaedah pembelajarn yang sesuai dengan perangai mereka. 

   








KESIMPULAN   

       “ For success in this new era creativity is the key. With more and more of routine tasks taken over by machines , human contributions to the new age will need focus on finding new direction ,new idea, ways of being that had not been thought of before” (Anne, 1998). Kunci kejayaan pada zaman globalisasi ini adalah kreatif , aplikasi daripada konsep kreatif ini akan menghasilkan pemikiran yang invensyen. Dimana invensyen akan membuatkan seseorang berinovasi. Oleh itu, konsep kreatif dalam teknik pembelajaran boleh membuahkan hasil yang lumayan dalam aspek pemahaman pelajar. Malah, ianya juga membuatkan pelajar seronok untuk bejalar dan daripada keseronokkan itu akan menyebabkan pelajar mudah untuk menjana idea-idea baru, berfikir secara kritis. Pekembangan pemikiran pelajar juga dapat dipupuk dengan baik dan bukan hanya fokus pada peperiksaan , namun   mampu mengaplikasikan pembelajaran mereka dengan kehidupan harian dan masa akan datang. Kepentingan kreatif,inovatif, kritis dalam aliran pendidikan khas juga tidak boleh disangkal lagi . Peranan sekolah, guru dan ibu bapa adalah tunjang utama dalam pelaksanaan elemen-elemen kemahiran abad ke -21 ini, supaya dapat melahirkan generasi yang kreatif bertaraf dunia.

    
























RUJUKAN
Lokman Mohd Tahir dan Nurul Qistin Mustafa , Mohd Hanafi Mohd Yassin ( 2009) . Pendidikan Teknik dan Vokasional Untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan pendidikan jil.24,73-87.
Mohd. Azhar Abd. Hamid , Sanitah Mohd. Yusuf. Esa Khalid . Othman A. Kassim. Kreativiti , Invensyen dan Inovasi: Suatu Cadangan Matapelajaran Pada Peringkat Sekolah Menengah.
Mohd Yusof Abdullah, Babarom Mohamad, Abdul Said Ambotang, Muhamad Suhaimi T all dan Sbukri Zain  (2011).  Pengajaran Kemahiran Berfikir amalan dan pengajaran dalam  pendidikan masa kini. Minda pendidik. (02.1102011)


Noor Azida Sahabudin, Mohamad Bilal Ali . Persekitaran Pembelajaran Personal: Perbezaan Dengan Sistem Pembelajaran Tradisional.

Rosnaini Mahmud , Mohd Arif Hj. Ismail , Jalalludin Ibrahim , Tahap Kemahiran dan Pengintegrasian ICT di Kalangan Guru Sekolah Bestari. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia , Jilid 1, Nombor 1

NorFarhana Abdollah, Wan Fatimah Wan Ahmad , Emelia Akashah Patah Akhir, Design and Development Methodology of ‘ Komputer Saya’ : Multimedia Courseware for Slow Learners .
Department of Computer and Information Science, Universiti Petronas.

Partnership for 21st Century Skills  (http://www.p21.org/overview/skills-framework

1 comment: