Monday 14 May 2012

Aplikasi teori bahasa, sosial, moral dan kognitif.


1.0  Pengenalan
   Proses perkembangan bahasa,social dan moral adalah berlaku secara berperingkat-peringkat mengikut kronologi umur yang telah dilalui.Oleh itu,telah munculnya pelopor-pelopor barat yang mengemukakan pelbagai telah mengemukan pelbagai teori mengenai perkembangan yang telah dilalui oleh manusia.Misalnya,perkembangan bahasa yang mana kebanyakkan teori yang diguna pakai adalah teori daripada tokoh seperti John Piaget dan Lev Vygotsky.Menurut John Piaget beliau menekankan empat peringkat utama perkembangan bahasa iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun),peringkat praoperasi (2-7 tahun) ,peringkat operasi konkrit (7-11 tahun) dan peringkat operasi formal (7-11 tahun).Menurut teori Piaget menyatakan bahawa pemikiran awal kanak-kanak pralinguistik diperlihatkan melalui tindakan dan perlakuan,yang mana bermaksud pemikiran dan bahasa bercantum dan kebanyakkan non social.Manakala,menurut Vygotsky,fikiran dan bahasa pada tahap permulaan ,berkembang secara terpisah dan tidak saling mempengaruhi.Oleh itu,terdapat perbezaan pendapat diantara mereka mengenai perkembangan bahasa yang berlaku terhadap individu.Seterusnya ialah perkembangan social yang mana teori yang diguna pakai ialah teori Perkembangan social Erikson.Teori Erikson adalah dikemukan berdasarkan lima prinsip utama iaitu manusia mempunyai keperluan asas yang sama,perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas,perkembangan manusia adalah mengikut tahap-tahap tertentu,setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti di atasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya.Akhirnya,kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap berikutnya.Disini jelaslah menunjukkan bahawa pembentukkan personality seseorang individu adalah dipengaruhi oleh perkembangan social yang telah dialami pada setiap peringkat umur.Perkembangan moral pula pelopor teorinya adalah Lawrence Kolberg yang mana beliau menekankan kepada satu aspek perkembangan moral iaitu jenis pentakulan.Pentaakulan moral melibatkan pemikiran dan pertimbangan secara bebas.Dimana melibatkan dengan pelakuan moral yang dikaitkan dengan tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditujukkan dengan penuh perasaan tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan.Perasaan moral ialah emosi dan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentiment empati,simpati,prihatin,belas kasihan,altuistik dan murah hati.Perkembangan moral juga merupakan satu cara perlakuan yang telah menjadi adat kebiasaan
                                                                                                                                                        2
sesuatu kumpulan manusia kerana telah ditimpa dan dipersetujui bersama oleh kumpulan tersebut.                                                                                                                                                   
  2.0 Perkembangan Bahasa
    Perkembangan bahasa adalah perubahan yang berlaku secara tekal dari lahir hingga ke akhir. Perkembangan juga berpegang pada beberapa prinsip iaitu berlaku pada tahap berbeza, berlaku secara teratur dan seterusnya beransur-ansur. Begitu juga perkembangan bahasa dalam kehidupan manusia yang berlaku pada tahap yang berbeza, berlaku secara teratur dan beransur-ansur.  Melihat pada segi perkembangan bahasa ianya bermula dari elemen  fonologi, semantik , morphologi, sintaks dan seterusnya pragmantik.
       Secara generalnya, fonologi, morphologi, syntak adalah elemen yang membentuk bahasa dan semantik adalah untuk pengisian dan pragmantik adalah untuk kegunaannya.  Menurut    Kridalaksana (2002) dalam kamus lingustik, fonologi adalah bidang dalam lingustik yang menyelidik bunyi- bunyi bahasa menurut fungsinya.  Elemen unit dalam bahasa pula dikenali sebagai   fonem   iaitu  ‘ the smallest   linguistic unit of sound that can signal a difference in meaning’   ( Owen, 2005, p.21) .  Fonem adalah  kesatuan bunyi terkecil yang berfungsi membezakan makna . ( Chaer  2007)  dan  ( Owen, 2005, p.21) berkata unit bahasa itu boleh di bezakan dengan bunyian –bunyian yang berfungsi untuk membezakan makna.  Contohnya adalah bunyi  vokal  i ,a , e , o, dan konsonan k , l , m, n jika dibunyikan akan memberikan bunyian yang berbeza. Jika di sebut perkataan berang,   jika  ‘e’ di situ di tukar menjadi ‘a’ ianya akan menjadi barang dan seterusnya akan memberikan makna yang berbeza pada perkataan itu.  
       Morphologi pula adalah kajian tentang perkataan dan bagaimana  ianya terbentuk. Undang- undang morphologi menyatakan bagaimana bunyian boleh disatukan dan membentuk struktur perkataan .  Elemen yang membentuk blok bahasa dikenali sebagai  morfem.  Morfem adalah unit terkecil yang mempunyai maksud dalam bahasa. Ianya terbahagi krpada dua bahagian iaitu morfem bebas dan morfem terikat . Bagi morfem bebas  contohnya  adalah baseball  ini  mempunyai dua morfem kerana perkataan base  dan ball boleh di pisahkan dan masih mengekalkan

                                                                                                                                                        3
maksudnya tersendiri. Jika morfem terikat pula ,  basement   adalah satu morfem sahaja kerana perkataan basement tidak boleh di pisahkan kerana ianya akan tidak memberi makna. 
    Sintak pula adalah kajian tentang peraturan yang menentukan bagaimana perkataan di letakkan   bersama untuk membentuk ayat .  Membina sesuatu ayat memerlukan kombinasi antara frasa nama dan frasa kerja .  Contoh ayat adalah aminah sedang membaca buku.  Perkataan ‘sedang’ membantu untuk menyambungkan perkataan menjadi satu ayat.  Seterusnya pula adalah semantik iaitu kajian tentang makna perkataan . Ianya adalah lebih pada pemahaman dalam memahami sesuatu ayat itu.
   Pragmantik pula penggunaan bahasa untuk berkomunikasi ( Gleason 2001) .  Penggunaan bahasa untuk menyatakan niat seseorang  dan untuk membolehkan sesuatu di laksanakan . ***********************************

        Perkembangan bahasa juga mempunyai pelbagai teori yang boleh di kaitkan.  Bagi tugasan kali ini saya mengambil menggunkan teori Jean Piaget sebagai rujukan.  Piaget menyatakan bahawa perkembangan kognitif mendahului bahasa dan bahasa juga adalah salah satu dari fungsi simbolik  di bentuk melalui perkembangan dan interaksi dengan persekitaran.  Melihat dari maksud defenisi perkembanagn bahasa yang diberikan oleh Piaget. Beliau menekankan pada aspek simbolik yang membentuk pada perkembangan bahasa , kemudian beliau mengaitkan dengan faktor persekitaran dalam mempengaruhi bahasa seseorang.
       Kita boleh mengaitkan teori kognitif beliau dengan pandangan perkembangan bahasa yang diketengahkan.  Teori perkembangan kognitif beliau mempunyai empat peringkat iaitu  bermula dari perkembangan peringkat deria motor iaitu dari umur (0 -2 tahun) . Pada peringkat ini lebih menekanakan pada aspek penggunaan deria bagi bayi. Pada peringkat ini bayi mengkoordinasikan maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka ‘ bertindak ‘ dan ‘ mengetahui ‘ persekitarannya.  Dari segi kognitifnya pada peringkat ini bayi mula menggunakan imitasi, memori, dan pemikiran. Bayi juga menggunakan
                                                                                                                                                          4
konsep pengekalan objek yang mana menyedari objek wujud walaupun tidak boleh didengar atau dilihat. Oleh itu, pada peringkat ini juga bayi sudah boleh menggunakan simbol dan bahasa untuk mengolah tentang sesuatu peristiwa atau orang.  Bayi juga menggunakan cara meniru watak di pesekitarannya untuk membentuk bahasa, bunyi-bunyian yang didengari dari persekitaran digunakan untuk membentuk bahasa awal. Pada peringkat ini juga bayi mempelajari penggunaan fonem.
       Seterusnya pula adalah peringat praoperasi pada peringkat ini berlaku perkembangan drastic dalam peggunaan simbol mental (perkataan dan imej) untuk menyatakan tentang objek orang dan peristiwa yang di alamai oleh kanak -kanak. Kanak –kanak pada masa ini menggunakan simbol untuk menyatakan perkataan yang boleh menggantikan perkataan lain. Dari segi perkembangan kognitifnya mereka sudah boleh mengumpul objek mengikut fungsi, bentuk , dan warna. Namun, mereka belum boleh menguasai pengekalan isipadu, saiz, panjang, pendek dan proses pembalikan. Pada umur & tahun mereka merfikir secara satu hala dan bersifat egosntrik yanag mana meraka sukar untuk menerima pendapat orang lain.  
       Meraka juga mengalami intuitif yang mana penumpuan mereka tertumpu pada satu aspek yang nyata sahaja. Jika di kaitakan dengan perkemabangan bahasa pada peringkat ini umur kanak-kanak pada 2 hingga 7 tahun. Mereka dalam peringkat memperkukuhkan fonem dan semantik. Mereka sudah boleh mengunakan pengabungan bunyi-bunyi dan membentuk perkataan . Meraka juga sudah boleh memahami sesuatu perkataan itu dan menjadikannya ayat untuk berkomunikasi. Namun, tahap komunikasinya adalah terhad pada apa yang mereka nampak sahaja , kerana menurut Piaget pada peringkat ini mereka tertumpu pada benda yang nyata sahaja. Pemahaman tatabahasa mereka juga masih pada peringkat awal mengenal percantuman frasa nama dan frasa kerja dalam aspek sintaknya. Oleh itu, untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak pada peringkat ini kita perlu mneggunakan bahasa yang mudah dan ringkas supaya malumat yang ingin disampaikan pada kanak-kanak ini boleh diterima dengan baik.
        Peringkat operasi konkrit pula menerangkan perkembangan kanak-kanak pada lingkungan umur 7 hingga 11 tahun.  Pada peringakat umur ini kanak-kanak sudah memasuki alam perseko
                                                                                                                                                        5
lahan , iaitu sekolah rendah. Ini juga adalah skop yang perlu saya terangkan untuk tugasan kali ini. Pada peringkat operasi konkrit kanak-kanak mengalami perkembangan pesat dalam proses operasi kognitif dan mengaplikasikan kemahiran ini bila berfikir tentang objek , situasi, dan orang yang telah mereka lihat. Operasi kognitif adalah aktiviti mental dalaman yang membolehkan kanak-kanak mengubahsuai dan menyusun semula imej dan simbol dalam membuat rumusan atau keputusan logik. Dari aspek kognitifnya kanak-kanak pada peringkat ini sudah boleh membuat pengekalan kuantiti , berat, pepejal dan isipadu. Sudah boleh membuat pelbagai strategi penyelesaian masalah konkrit  dan menerima pandangan orang lain dengan menetepikan panagn egosentrik. Oleh itu dari segi bahasa , kanak- kanak pada peringkat ini perbendaharaan katanya semakin bertambah dan mempunyai kesedaran metalingustik. Hal ini kerana mereka sudah boleh berfikir secara konkrit dan mempunyai kemahiran dalam pemprosesan maklumat dengan baik.Justeru, untuk menguasai bahasa pada peringkat ini juga makin meningkat tahapnya dan semakin banyak pengenalan pada fonem, sintak, dan morfem  yang boleh mereka pelajari. Seterusnya mereka boleh mengaplikasikannya dalam aspek pragmatik , iaitu untuk penggunaan berkomunikasi.
        Kesedaran metalingusitik adalah**************************************…. Dari aspek pragmantiknya,  Kanak sudah boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan baik, malah dari aspek semantik dan sintaksnya pula sudah mencapai tahap yang baik kerana pada perringkat ini kanak-kanak sudah berhadapan dengan pelbagai orang melalui persekitaran sekolah yang perlu bergaul dengan rakan-rakan dan guru.  Oleh itu, mereka sudah boleh menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi.  Melalui  pembelajaran di kelas  pula mereka sudah boleh membaca dan mengenal huruf , juga nombor.  Berbalik pada teori Piaget yang mengatakan bahasa sebagai salah satu dari fungsi simbolik dibentuk melalui perkembangan dan interaksi dengan persekitaran adalah selari dengan situasi perkembangan bahasa yang berlaku pada kanak-kanak pada peringkat sekolah rendah ini.
       Mereka belajar mengenal huruf  melalui  simbol yang diperkenalkan oleh guru melalui pembelajaran dikelas.  Melalui simbol yang dipelajari mereka menggunakannya untuk membentuk bahasa  dengan mengaplikasikannya dalam mempelajari mengeja, menulis dan mengenal nom
                                                                                                                                                          6
bor. Tahap bahasanya juga bergantung pada persekitaran, jika mereka berada dalam lingkugan keluarga yang mementingkan pendidikan dan persekitaran sekolah yang menggunakna bahasa yang baik dan terkawal. Penggunaan bahasa mereka untuk berkomunikasi juga dalam keadaan yang baik selari dengan adaptasi yang mereka terima melalui persekitaran. Contohnya, jika kanak-kanak terdedah dengan ibu bapa yang bercakap dalam bahasa inggeris dan di sekolah mereka terdedah dengan bahasa melayu. Secara tidak langsung mereka akan memguasai dwi bahasa ini.
     Peringkat operasi formal pula, kanak- kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea atau fakta dan andaian-andaian. Peringkat pemikiran operasi formal ini juga tidak terikat pada benda yang konkrit dan boleh di perhatikan , malah mereka boleh memikirkan tentang proses hipotetikal dan peristiwa secara logic walau asasnya bukan realiti. Pada peringkat ini adalah pada umur 12 tahun ke atas yang mana kanak-kanak pada peringkat ini sudah masuk kedalam alam sekolah menengah. Oleh itu, jikakita lihat pada sukatan pembelajaran untuk pelajar sekolah menengah mereka lebih menjerumus pada perkara seperti perdagangan, turun naik saham, teori-teori sains yang lebih konkrit dan pelbagai lagi perkara yang abstrak. Mereka juga berkebolehan membuat masalah konkrit dan abstrak secara logik kerana struktur mental mereka semakin bertambah.
     Pada peringkat operasi formal ditugaskan untuk mengulas lebih lanjut perkaitannya dengan bahasa dan pelajar sekolah menengah.  Kita boleh lihat pada peringkat ini kanak-kanka sudah mengalami peralihan zaman ke alam remaja. Pendedahan pada alam remaja dan atas pengalaman yang telah mereka lalui sebelum memasuki ke alam ini telah membina mereka untuk mencapai tahap bahasa yang lebih canggih. Pemikiran abstrak tentang apa yang dipelajari dilihat, di rasa melalui persekitaran dan pelbagai simbol-simbol mereka luahkan dalam bentuk bahasa. Penguasaan aspek sintaks dan pemahaman dalam semantiknya yang semakin tinggi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih baik. Penguasaan bahasa mereka yang lebih canggih membolehkan mereka mengarang karangan dengan lebih banyak patah perkataan dan memahami bahasa teori-teori yang lebih konkrit  dan aplikasikannya dalam pembelajaran disekolah.

                                                                                                                                                          7
     Selain daripada teori daripada Piaget saya juga menggunakan teori daripada Vygotsky . Beliau menyatakan bahawa fikiran dan bahasa pada permulaan, berkembang secara terpisah dan tidak saling mempengaruhi, iaitu fikiran mula-mula berkembang tanpa bahasa dan bahasa mula-mula berkembang tanpa fikiran. Vygotsky menyarankan bahawa fikiran dan bahasa adalah berasingan sehingga kanak-kanak berumur hampir 2 tahun. Beliau juga setuju dengan teori Piaget kanak-kanak satu dan dua tahun berada pada peringkat perkembangan kognitif deria motor (pendapat piaget) dan  mula memproses asas kemahiran bahasa.
     Oleh itu, sejak berumur dua tahun fikiran dan bahasa kanak-kanak mula saling berhubung kait Kanak-kanak mula mengembangkan kefahaman berbahasa dan menggunakan bahasa sebagai alat bantuan penaakulan . Menurut Vygotsky, kanak-kanak menguasai bahasa melalui peringkat-peringkat . Kanak-kanak menguasai pertuturan luaran dengan mula menggunakan satu perkataan, kemudian mengabungkan dua atau tiga perkataan dalam pertuturannya. Kanak- kanak juga pada awalannya menggunakan bahasa yang mudah dan kemudian beransur-ansur menggunakan bahasa  yang lebih kompleks. Hasilnya, mereka dapat bertutur dengan jelas menggunakan ayat-ayat tersebut. Ini bermakna kanak-kanak bertutur daripada satu bahgaian (perkataan) kepada keseluruhan (ayat lengkap ).
           Daripada aspek semantic, kanak-kanak bermula daripada keseluruhan makna sepenuh yang kompleks, kemudian menguasai unit-unit semantik  yang berasingan, seperti makna perkataan dan pemikiran menyeluruh kepada unit-unit. Oleh itu , kita boleh lihat di peringkat sekolah rendah, kanak-kanak mempunyai tahap bahasa yang berbeza dengan orang dewasa dari segi perbendaharaan katanya, pemahaman semantiknya masih terhad dan tidak meluas seperti orang dewasa. Justeru, guru-guru yang mengajar juga menggunakan bahasa yang sesuai mengikut peringkat umur untuk mengajar. Di sekolah menengah juga , peringkat bahasa yang di gunakan sudah sedang melalui peringkat yang lebih mantap. Pemahaman untuk memahami makna ayat yang kompleks berlaku dengan lebih baik berbanding semasa di sekolah rendah. Sedemikian, sememangnya sesuai kita lihat para pelajar yang berumur lebih dari 12 tahun ini ada yang boleh menguasaai cara berkomunikasi yang  setaraf dengan orang dewasa.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      8
     Menurut Vygotsky juga, beliau ada menyatakan tentang pertuturan egosentrik adalah satu cara menyatakan fikiran atau ingatan yang berkembang dan cara meluahkan perasaan dalaman. Menurut Vygotsky pertuturan egosentrik yang dinyatakan oleh Piaget seperti pemikiran dan bahasa bercantum dan kebanyakkan non sosial adalah salah. Tetapi menurut beliau ianya menggambarkan perubahan lingustik kepada lisan. Percakapan sendirian yang di alami oleh kanak-kanak pada zaman persekolahan adalah untuk mendapatkan satu matlamat yang penting.  Apabila beralih ke zaman persekolahan menengah atau ke aliran umur yang lebih tinggi, daripada cara percakapan sendirian akan bertukar menjadi pertuturan dalaman ( inner speech)  dan bukan hilang bergitu sahaja apabila dewasa seperti menurut Piaget. Secara keseluruhannya, percakapan peribadi akan berterusan seiring dengan peningkatan usia. Ianya akan menjadi ringkas dan pendek. Walau bagaimanapun, pecakapan peribadi ini akan berubah menjadi pecakapan dalaman (inner speech) yang dilakukan lebih senyap sebagai proses penaakulan untuk menyelesaikan masalah atau sebagainya dengan tanpa didengari oleh orang lain. Ianya juga dikenali sebagai ‘Sistem kognitif kawalan diri’.

3.0 Perkembangan sosial
       Seterusnya kita beralih kepada teori perkembangan psikososial Erikson.teori ini adalah satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangkamasa kehidupan mereka. Teori yang dikemukan oleh Erikson ini berdasarkan pada lima prinsip iaitu manusia mempunyai keperluan asas yang sama, perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas, perkembangan manusia mengikut tahap-tahao tertentu, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti di atasi sebelum individu mendapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya dan kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.
      Berdasarkan prinsip teori yang di perkatakan tadi, teori Erikson ini sememangnya mempunyai  beberapa tahap iaitu dari tahap pertama hingga ke lapan. Pada tahap yang pertama ianya
                                                                                                                                                          9
daripada peringkat umur 0 hingga 1 tahun dan berdasarkan ciri-ciri pembentukan perasaan percaya (basic trust) lawan percaya. Tahap kedua dari umur 1 hingga tiga tahun adalah tentang tahap autonomi lawan rasa malu dan sangsi. Pada tahap ketiga, dari umur 3 hingga 6 tahuan , ianya tentang tahap inisiatif lawan rasa bersalah. Tahap keempat pula, dari umur 6 hingga 12 tahun , berdasarkan cirri- ciri tahap industri  lawan rasa rendah diri. Tahap ke lima, tahap identity lawan kekeliruan peranan. Tahap keenam pula, tahap intimasi lawan pengasingan diri. Kemuadian, tahap ketujuh pula, 40 tahun hingga 65 tahun mempunyai cirri-ciri tahap generatif lawan pemusatan kendiri . Tahap yang terakhir adalah tahap lapan yang bercirikan kesepaduan lawan putus asa yang berlingkungan umur  dari 65 tahun dan keatas. 
       Mengikut skop soalan yang diberi tugasan, saya perlu  mengupas lebih lanjut untuk tahap keepat dan kelima dengan mengaitkannya dengan persekitaran sekolah rendah dan menengah. Pada tahap keempat iaitu tahap industri  lawan rasa rendah diri. Pada tahap ini adalah untuk menguatkan rasa keyakianan dalam diri dan faktor persekitaran amat memainkna peranan bagi membentuk jati diri seseorang individu . Pada peringkat ini lingkungan umur yang berkaitan adalah dari umur 6 hingga 12 tahun. Pada waktu ini kanak-kanak sudah melingkau ke alma persekolahan iaitu pada sekolah rendah. Pada tahap ini penguasaan dalam kemahiran 3M ( membaca, menulis, mengira) amatlah penting . Ini kerana, berikut adalah asas proses pembelajaran di sekolah.
        Oleh itu peranan  guru dan rakan  untuk memberi dorongan kepada mereka ini amatlah penting. Sedemikian  kerana, sebahagian besar masa yang mereka peruntukkan seharian adalah di sekolah. Pada tahap ini juga, pemikiran mereka mulai mencapai operasi konkrit, yang mana mereka melakukan trasformasi dan membuat perhubungan antara dua situasi yang berkaitan dan mula berfikiran logik. Sifat mereka yang bersungguh-sungguh apabila di beri tugasan dan memberikan minat yang tinggi harus di berikan sokongan yang baik dari pada guru, rakan dan ibu bapa. Memberi ganjaran apabila mereka dapat melakukan sesuatu kejayaan adalah motivasi yang baik untuk mereka. Sebaliknya jika usaha mereka selalu tidak di hargai, mereka selalu dimarahi dan tidak diberi perhatian. Berkemungkinan keyakinan dalam diri mereka untuk berusaha mencapai kejayaan akan berkurangan. Perasaan penghargaan yang di tunjukkan melalui ganjaran se
                                                                                                                                                        10
perti hadiah, pujian, perhatian adalah satu cara untuk meningkatkan jati diri kanak-kanak , malah hubungan yang erat yang dipupuk melalui cara ini dapat memantapkan lagi keyakinan dalam diri kanak-kanak.
     Tahap ke 5 iaitu identity lawan kekeliruan peranan yang berada dalam lingkungan umur 12 hingga 20 tahun adalah berkaitan tentang remaja awal dan remaja akhir. Mereka pada masa ini sedang mencari identiti  diri dan peranan mereka yang sebenar dalam masyarakat dan juga hidup. Mereka juga mula memikirkan tentang teman hidup, pekerjaan yang bakal di ceburi dan tanggung jawab pada masa hadapan.  Mereka juga berhadapan dengan pelbagai pilihan untuk mereka pilih yang sesuai dengan diri mereka . Di peringkat sekolah menengah juga,  mereka boleh membuat pilihan memilih aliran subjek yang mereka minati, sama ada dalam aliran sains, bahasa, ataupun kejuruteraan dan pelbagai lagi. Disinilah pelbagai cabang pilihan yang kadang- kala jika remaja salah pilih akan membawa mereka ke jalan yang tidak sihat. Mereka juga akan mula meragui perana mereka dalam masyarakat.
4.0 Perkembangan Moral
      Seterusnya kita ke teori perkembangan Moral Lawrence Kolhberg .  Teorinya ini mempunyai 3 peringkat dan setiap peringkat di pecahkan kepada 2 tahap.  Peringkat yang pertama adalah peringkat prakonvensional , kedua adalah peringkat konvensional dan peringkat ke tiga ialah poskonvensional . Pada peringkat prakonvensional dan konventional ianya lebih kepada perkembangan moral kanak-kanak prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.  Peringkat pos-konventional pula menerangkan tentang perkembangan moral pelajar universiti atau orang yang memperjuangkan prinsip.  Oleh itu kami hanya menerangkan tentang peringkat pra-konventional dan konventional sahaja. 
      Peringkat konventional  mempunyai dua tahap iaitu tahap pertama ialah orentasi dendaan da kepatuhan . Pada tahap ini pemikiran moral adalah berasaskan pemikiran egosentrik iaitu pemikiran berpusatkan diri sendiri. Kanak-kanak pada usia ini berpegang pada perlakuan yang baik akan mendapat balasan yang baik. Menurut M. Janib (1994:70) apa yang di pentingkan disini adalah kesan fizikal bukan psikologi terhadap orang lain. Oleh itu, kita boleh lihat kanak- kanak
                                                                                                                                                        11
sekolah rendah lebih mudah untuk di kawal dengan peraturan yanh dikenakan ataupun amaran dendaan. Pada peringkat kedua pula ialah tahap ganjaran peribadi . Peringkat ini juga di kenali sebagai ‘hedonisme utilitarian’ iaitu seseorang menilai untuk melakukan sesuatu berdasarkan keinginan untuk mendapatkan ganjaran atau balasan baik. Konsep keadilan pada kanak-kanak adalah apabila semua orang mendapat peluang sama rata. Justeru, jika disekolah guru-guru perlu bersikap tidak berat sebelah kerana kanak-kanak pada usia ini sangat sensatif dan memerlukan perhatian yang sepenuhnya. Hal ini kerana, masa mereka lebih banyak terluang disekolah berbanding di rumah, perhatian ,kasih sayang yang diterapkan dalam pembelajaran perlu di terapkan dengan sekata.
      Seterusnya ialah peringkat konvensional , pada peringkat ini penglibatan bagi pelajar sekolah menegah adalah lebih banyak berbanding pelajar sekolah rendah. Paringkat ini juga terbahagi kepada dua tahap. Tahap yang pertama adalah harmoni anatara peribadi. Pada peringkat ini orentasi morality telah berubah daripada hedimisme kepada sosial order. Moraliti pada peringkat ini sedah boleh menerima norma masyarakat. Menimbal mana yang baik berdasarkan pandangan dan sokongan orang lain juga suatu tindakkan yang dilakukan. Mereka juga berperilaku baik untuk mendapat balasan yang baik. Kemudian, untuk tahap ke 4 iaitu orentasi undang- undang dan peraturan merujuk kepada kesanggupan yang perlu di galas . Perlakuan yang baik akan memberi kesan pada keharmonian masyarakat. Disini menunjukkan , perasaan untuk menerima tanggung jawab telah ada pada diri pelajar sekolah menegah. Tujuan undang-undang dan peranan sebagai masyarakat telah di nilai dalam diri dan penemuan untuk menggalasnya membentuk moral dalam diri untuk melaksanakannya. Juteru, pelajar pada tahap ini bukan lagi hanya melakukan kebaikkan untuk mendapatkan ganjaran, tetapi sebagai amanah yang perlu dilaksanakan.
5.0 Kesan Perkembangan Bahasa,Sosial dan Moral terhadap Murid dan Pelajar
5.1 Kesan Perkembangan Bahasa
    Perkembangan bahasa adalah berlaku berdasarkan tahap yang telah dinyatakan.Melaui perkembangan bahasa yang dilalui oleh murid semestinya akan memberikan kesan kepada perkembangan yang dimiliki oleh mereka.Oleh itu,dengan berkembangnya bahasa yang dialami oleh
                                                                                                                                                        12
mereka maka akan meningkatkan lagi penguasaan terhadap morforlogi dan sintaksis mereka.Melaui perkembangan morforlogi yang mana berkaitan dengan perkataan dan bagaimana perkataan tersebut dibentuk.Kesannya akan meningkatkan pengetahuan perbendaharaan kata yang dimiliki oleh murid dan pelajar.Seterusnya,mempengaruhi peningkatan sintaksis murid dan pelajar dimana mereka lebih bijak dan membentuk struktur ayat yang lengkap yang mana mempunyai Frasa Nama,Frasa Kerja,Kata Ganti Nama dan banyak lagi.Selain itu,struktur ayat yang dibina adalah lebih kompleks dan tersusun.
    Seterusnya,murid dan pelajar akan lebih memahami semantic iaitu makna sesuatu perkataan.Setelah melalui perkembangan bahasa secara berperingkat-peringkat mengikut struktur umur mereka akan lebih matang dalam menilai maksud ayat atau perkataan yang disampaikan.Contohnya perkembangan semantic menyebabkan mereka didedahkan dengan perbendaharan kata baru iaitu istilah-istilah yang digunakan dalam bidang-bidang tertentu seperti istilah sains dan istilah sastera.Selain itu,mereka juga telah mengalami perubahan terhadap perkembangan bahasa kiasan dimana mereka telah memahami maksud tersurat yang terkandung dalam bait-bait yang dituturkan oleh si penutur sama ada berbentuk sindiran ataupun larangan yang bahasa kiasan adalah tidak disampaikan secara langsung.Tambahan lagi,melalui peningkatan penguasaan semantic murid-murid juga sudah pandai untuk mengeluarkan jenaka dalam perbualan mereka dan mereka juga telah memahami jenaka tersebut.
   Perkembangan bahasa juga memberikan impak yang positif terhadap perkembangan berbahasa dan komunikasi dalam kalangan pelajar.Kesan ini amat penting kepada pelajar dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar.Hal ini demikian kerana pelajar yang pandai berbahasa akan lebih mesra dan disukai.Oleh itu,memberikan kesan dalam aktiviti berpersatuan iaitu dilantik sebagai ketua kerana mempunyai komunikasi yang berkesan.Seterusnya,ianya juga penting untuk diaplikasikan semasa proses P&P dalam bilik darjah yang mana akan mengalakkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru.Oleh itu dapat menggalakkan pelajar untuk bertanyakan soalan dan penting untuk guru agar mengetahui tahap pemahaman pelajar terhadap subjek yang diajar.Oleh itu,dengan adanya perkembangan bahasa akan menyebabkan pelajar berani untuk mengeluarkan pendapat mereka.
                                                                                                                                                        13
   Perkembangan bahasa juga akan menyebabkan kebolehan literasi dalam kalangan pelajar.Literasi adalah berkaitan kebolehan untuk membaca,menulis dan memahami perkataan,ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung ‘dan’ serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.Oleh itu,melalui perkembangan literasi akan menyebabkan pelajar berkebolehan membaca dan menggunakan maklumat bertulis dan menulis mengikut konteks yang betul.
    Implikasi perkembangan bahasa juga akan menyebabkan perkembangan numerasi dalam kalangan pelajar.Numerasi merupakan kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.Contohnya,bahasa juga berkaitan dengan nombor yang mana pelajar pada awalnya belajar daripada persekitaran seperti masyarakat cina yang terkenal dengan budaya sempoa.Oleh itu,setelah memasuki alam persekolahan pelajar lebih terdedah dengan masalah penyelesaian matematik yang lebih kompleks.
5.2 Kesan Perkembangan sosial
  Perkembangan social adalah penting dalam kehidupan dan peribadi seseorang untuk menjalankan tanggungjawab social mereka sama ada terhadap masyarakat ataupun diri.Disini tahap yang menekankan perkembangan social dalam kalangan murid dan pelajar sekolah adalah melibatka tahap 4 (Tahap Industri lawan rasa rendah diri) yang demografi umurnya adalah 6-12 tahun dan Tahap 5 (Identiti lawan kekeliruan Peranan) peringkat umur 12-20 tahun.
  Terlebih dahulu kita dapat melihat implikasi tahap 4 iaiutu Tahap Industri lawan rasa rendah diri yang mana melibatkan murid-murid sekolah rendah iaitu 6-12 tahun.Kesan yang timbul dengan adanya perkembangan moral dalam kalangan murid-murid sekolah ialah mereka mula menguasai kemahiran asas membaca,menulis,dan mengira (Kemahiran 3m).Hal ini demikian kerana,aspek ini amat ditekankan untuk peringkat awal kemahiran murid-murid disekolah.Seterusnya,setelah berlaku peningkatan umur keperluan social murid-murid juga semakin meningkat.Oleh itu,menyebabkan murid-murid sekolah rendah mula mencapai operasi konkrit dan berfikiran logik.Selain itu,perkembangan social tahap 4 juga menyebabkan murid-murid di
                                                                                                                                                        14
penuhi dengan kelakuan-kelakuan seperti mempunyai minat,yakin,tekun dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan.
   Seterusnya kita juga dapat melihat impak perkembangan moral terhadap pelajar sekolah menegah pada tahap 5.Kesanya yag terjadi adalah pelajar sudah mula memikirkan pembentukan identiti diri mereka sendiri.Yang mana ada kalanya menyebabkan mereka terpesong kerana kekeliruan tentang pembentukan identity mereka dan factor persekitaran.Mereka juga akan mula memikirkan matlamat dan hala tuju yang akan mereka laluan pada masa akan dating.Misalnya perkara yang sering difikirkan ialah mengenai bidang pekerjaan yang bakal diceburi,memikir dirimereka sebagai teman hidup,ibu bapa dan ahli masyarakat.Perkembangan social ini juga akan meningkatkan kebolehan bersosialisasi dalam masyarakat seperti cara berkomunikasi,member arahan dan mengikut arahan.
5.3 Kesan perkembangan Moral
   Terdapat banyak teori yang menerangkan tentang perkembangan moral.Namun disini ditekankan mengenai teori perkembangan yang dipelopor oleh Lawrence Kolhberg (1927).Kolhberg membahagikan perkembangan moral kepada 3 peringkat utama dan setiap peringkat dipecahkan kepada 2 tahap.Namun begitu perbincangan yang akan dilakukan hanya menekan peringkat 1 dan peringkat 2 kerana struktur umurnya adalah bersamaan dengan pelajar sekolah rendah dan menengah.
   Pertama sekali,peringkat 1 ialah Peringkat Prakonvensional yang mana menyebabkan implikasi kepada murid-murid dan pelajar iaitu menggalakkan mereka mematuhi peraturan yang harus dipatuhi bagi mengelakkan sebarang hukuman.Contohnya,pemakaian uniform sekolah adalah wajib bagi setiap pelajar.Oleh itu,dengan adanya perkembangan moral ini,dapat mereka akan lebih mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.Seterusnya menyebabkan kesan yang positif terhadap minat dalaman pelajar iaitu mendorong pelajar untuk melakukan sesuatu perkara dengan tekun dan beminat.Dimana pada tahap 2:Tahap ganjaran peribadi akan menyebabkan pelajar lebih merasakan diri mereka dihargai sekiranya perkara yang mereka lakukan memperolehi ganjaran yang setimpal.
                                                                                                                                                        15
   Seterusnya,peringkat 2 iaitu Peringkat Konvensional akan menyebabkan mereka lebih sedar mengenai implikasi yang bakal diperolehi terhadap sesuatu perkara yang akan mereka lakukan sama ada mendatangkan impak yang positif ataupun negative.Oleh itu,perkembangan moral ini menyebabkan kesan untuk mereka membuat penilaian terlebih dahulu perkara yang akan mereka lakukan dengan sebaik mungkin.Selain itu,menyebabkan kesan mereka akan mengaplikasikan peraturan dan persetujuan yang telah ditetapkan oleh ibu bapa,masyarakat, dan komuniti.Mereka akan mengikuti sebarang perkara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu bapa.Manakala dalam konteks masyarakat pula,mereka akan berpelakuan baik yang boleh membawa keharmonian kelompok.Seterusnya,mereka juga akan lebih memahami dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.
6.0 Kesimpulan
   Kesimpulannya,teori-teori perkembangan bahasa,social,dan moral yang berlaku adalah mengikut kronologi umur individu.Oleh itu,setiap peringkat umur yang mengalami perkembangan adalah mendatangkan kesan terhadap seseoran individu.Walaupun begitu,teori-teori ini penting untuk panduan guru untuk diaplikasikan dalam bilik darjah bagi melihat perkembangan pelajar-pelajar.Dengan berlakunya perkembangan bahasa akan dapat meningkatkan aspek kemahiran bahasa dan komunikasi pelajar.Selain itu,perkembangan bahasa dapat membantu pelajar mengembangkan lagi kemahiran kognitif mereka kerana dapat lebih memahami perkara-perkara yang konflik dan abstrak.Pelajar juga akan menjadi lebih matang dalam menggunakan bahasa mengikut kesesuaian situasi yang berlaku.Manakala,perkembangan social pelajar pula,akan menyebabkan pelajar menjadi seorang yang lebih bermatlamat dan mempunyai hala tuju diri yang akan dicapai.Namun begitu tahap perkembangan social adalah satu tahap yang penting bagi pelajar kerana pelajar pada ketika lebih kepada mencari identity diri.Oleh itu,pelajar harus pandai mengawal tahap perkembangan yang berlaku agar tidak terjebak terhadap perkara-perkara social yang akan merosokkan masa depan mereka sendiri.Manakala perkembangan moral yang berlaku adalah satu perkara yang positif kerana akan melatih pelajar untuk belajar bersosialisai iaitu merupakan proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok masyarakat dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu termasuk ni
                                                                                                                                                        16
lai,sikap dan peranan yang sesuai.Oleh itu dengan adanya perkembangan social pelajar juga menepati norma social iaitu standard kelakuan yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan dan akan dipatuhi serta diterima umum dan disahkan undang-undang.
  Oleh itu,bimbangan daripada ibu bapa,guru dan orang sekeliling adalah penting bagi memastikan perkembangan yang berlaku terhadap mereka menjadi satu perkembangan yang positif yang akan mendatangkan kebaikkaan terhadap diri pelajar.Pelajar juga harus didahkan dengan persekitaran yang baik bagi menyokong tahap perkembangan yang dihadapi.

No comments:

Post a Comment