Tuesday 26 June 2012

Masalah penglihatan



ISI KANDUNGAN


      Sejarah awal pendidkan di dunia adalah bermula sekolah, di Liverpool telah di buka pada tahun 1971, pada yang bermasalah penglihatan mereka di berikan didikan pada aspek ‘ Musik dan  seni mekanikal ‘ yang mana pendidikan tersebut memberi manfaat pada mereka dan negeri . Pada akhir abad ke 18 tiga lagi institusi di tubuhkan  di Bristol, Edinburgh dan London.  Pada saat ini institusi pendidikan untuk masalah penglihatan masih lagi bergabung dengan pendidikan  untuk kanak-kanak, yang mana melatih mereka untuk bekerja di sektor industri , memberi peluang pekerjaan pada sesetengah orang dewasa dan memberi pelindungan pada mereka. Pada tahun 1829, Louis Braille berhasrat menyatakan apakah  medium utama untuk menulis dan  membaca bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan, malah ianya juga adalah perkembangan yang memberi impak yang besar pada dunia pendidikan .
Badan kebajikan adalah pelopor utama yang berkerjasama membantu warga bermasalah penglihatan, pada tahun 1868 British dan ‘ Foreign Blind Association  adalah pengasas perkembangannya , seterusnya  dengan menjadi  ‘ Royal National Institute for the Blind’ .
      
Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas  (Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut) .

      Minat terhadap Pendidikan Khas di Malaysia bermula pada tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang terlibat dalam pembukaan sekolah-sekolah cacat penglihatan dan pendengaran. Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia.Perakuan ini menyebut, "Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerjaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya padamasa ini. Disamping itu penyertaanoleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan."

Perkembangan Pendidikan Khas mengikut jenis adalah seperti berikut:
Pendidikan Masalah Penglihatan
1926

Pembukaan Sekolah Rendah (SRPK) St. Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka
1931

SRPK St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
1948

Pembukaan SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru Pembukaan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
1953

Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
1958

Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian, Sandakan (JKM)
1962

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih diperkenalkan.
1963

Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di sekolah rendah dan menengah biasa yang dipilih, diperkenalkan.
1977

Permulaan Latihan perguruan Khas dalam bidang cacat penglihatan di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras
1978

Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan Kod Braille Bahasa Melayu untuk mengembangkan Sistem Kod Braille Bahasa Melayu
1983

Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama Cacat Penglihatan, Setapak
Pengambilalihan SRPK Princess Elizabeth oleh Kementerian Pendidikan sebagai sekolah bertaraf penuh.
1984

Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille AI-Quran dan Bengkel Penulisannya bagi tujuan mengembangkan Sistem Kod Braille AI-Quran Penubuhan Unit Perintis Penerbitan dan Percetakan Braille/Kerabunan, Kementerian Pendidikan untuk menyediakan bahan-bahan dalam braille khususnya buku teks dan penyenggaraan alatan Braille.


       Saya meminati bidang ini kerana saya berminat untuk mempelajari penggunaan mesin braille. Teknik penggunaanya yang unik , dengan menggunakan kod-kod yang ringkas membuatkan saya lebih teruja untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam.  Saya juga mendapati pelajar yang mengalami masalah penglihatan ini mempunyai pengamatan dari aspek sensori lain dengan lebih maksima dari pelajar tipikal lain. Sensori rasa dan pengaran mereka lebih baik . Saya ingin mengetahui dan mendalami dengan lebih lanjut bagaimana mereka menghayati pengunaan deria itu dengan lebih baik. Tercetusnya minat saya untuk mendalami bidang masalah penglihatan ini adalah kerana sebelum ini saya pernah berpengalaman melihat kehidupan jiran saya yang mengalami masalah penglihatan ini. Namun, beliau tetap boleh meneruskan kehidupan dengan membesarkan dua orang anak dengan baik. Beliau tetap menjalankan kehidupan seharian tanpa terlalu bergantung harap bantuan masyarakat sekeliling. Kekuatan yang ada dalam diri beliau mendorong  lagi minat saya untuk menkaji dengan lebih lanjut apakah kekuatan ,dan bagaimana orang bermasalah penglihatan ada yang boleh berjaya dengan hebat  walaupun ramai orang bertanggapan kekurangan dalam diri mereka itu menjadi kekangan untuk mereka berjaya. Seterusnya dengan menjadi guru dalam bermasalah penglihatan ini saya rasa adalah salah satu cara atau jalan yang terbaik untuk saya mengkaji  golongan masalah penglihatan ini dan membantu mereka  untuk lebih berjaya pada masa hadapan.  
        Saya juga pernah pergi ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura . Di sana saya dapat pengalaman bersama dengan pelajar yang mengalami masalah penglihatan, majoriti  mereka bersikap bersungguh-sungguh dalam mempelajari teknik-teknik refleksologi yang di ajar. Urutan refleksologi yang mereka lakukan juga berlainan dengan urutan dari orang biasa. Hal ini, menunjukkan sensori rasa mereka adalah lebih tinggi dari orang lain. Oleh itu, ini juga sedikit sebanyak menimbulkan rasa minat saya untuk mengenali pengkhususan ini dengan lebih maksimum lagi. Teknologi yang di cipta untuk membantu pelajar yang bermasalah penglihatan ini semakin banyak , namun hasil tinjauan yang saya melalui pertemu dengan  guru-guru di sana mendapati bahawa mereka kekurangan guru-guru yang berkemahiran dalam teknologi ini. Ini juga adalah salah satu sebab saya mahu mendalami bidang ini supaya lebih mudah untuk memahirkan diri dalam teknologi bagi pelajar bermasalah penglihatan.
    Perkara yang mula-mula saya kenal tentang bidang masalh penglihatan ini adalah tentang  pencipta mesin Braille iaitu Louis Braille.Louis Braille adalah pengasas bagi tulisan Braille iaitu tulisan titik timbul bagi mengantikan huruf dan nombor.. Saya juga mengetahui secara general tentang masalah penglihatan iaitu  ada diantara mereka yang mempunyai masalah kehilangan penglihatan secara menyeluruh dan ada yang hanya mengalami masalah rabun. Mereka juga menggunakan alat bantuan penglihatan seperti kanta  pembesar dan cermin mata berkuasa tinggi . Namun, setelah saya mengikuti kuliah saya mengetahui pelbagai pengetahuan tentang masalah penglihatan ini dengan lebih banyak. 
       Definisi masalah penglihatan dari aspek pendidikan ialah sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan, Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka  pencapaian mereka. Seterusnya definisi yang dikemukakan oleh  The World  Council for Welfare of The Welfareof the Blind melalui Hajah Hasnah (1998) mengenai masalah penglihatan adalah seperti berikut:  pertama tidak dapat melihat langsung. Kedua kebolehan melihat lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu melalui Ujian Snellan. Ketiga pula ialah penglihatan yang terhad kurang daripada 20 peratus.  Masalah penglihatan juga mempunyai beberapa tahap yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Tahap-tahapnya adalah
      Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual acuity dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat dalam tahap berikut iaitu teruk, sederhana, sangat teruk.  Bagi masalah penglihatan pada tahap sederhana, mereka masih mampu melihat cahaya dan menjalani aktiviti  dengan menggunakan alat bantuan seperti kanta. Bagi tahap teruk pula kanak-kanak memerlukan penggunaan tenaga dan masa dalam melakukan aktiviti malam yang berkaitan dengan penglihatan dan mobiliti walaupun mereka di bantu dengan alat bantuan khas.  Bagi tahap penglihatan yang sangat teruk pula, mengakibatkan kanak-kanak mengalami kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca, menulis dan mobilitinya pula harus bergantung pada deria-deria lain. 
     Jenis-jenis masalah yang berkaitan dengan masalah penglihatan pula ialah, Astigmatisme , Myopia, Hyperopia, rabun warna, Strabismus, Diplopia,Gloucoma,Amblipia,Albanisme,Katarak. Bagi yang mengalami Myopia  ianya merupakan penyakit rabun mata yang paling lazim dikalangan kanak-kanak dan remaja dan ianay juga boleh disebabkan oleh faktor genetik.  Seterunya pula kanak-kanak mengalaminya kerna bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang dan menyebabkan kanak-kanak mengalami maslaah rabun dekat.Hal ini, menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagaian hadapan retina dan bukannay atas retina seperti yang sepatutya. Keadaan ini biasanya dikesan seawalnya ketika umur 6 tahun . Apabila meningkat umur perkara ini menjadi lebih serius ,namun ianya menjadi setabil apabila mencapai umur 20-40 tahun.   Hyperopia pula  dikenali juga sebagai  rabun jauh . Ianya terjadi kerana  kornea mata kurang melengkung dan bola mata terlalu pendek oleh itu menyebabkan  cahaya tertumpu pada bahagian belakang retina . Kanak-kanak  kecil lebih cenderung  untuk mengalami rabun jauh.
        Colour blindness juga di kenali sebagai rabun warna mempunyai persepsi warna yang berbeza dengan orang yang mempunyai penglihatan normal.   Jika mereka yang mempunyai defek warna yang teruk, mereka boleh mengalami seperti ‘buta ‘ pada keseluruhan warna. Mereka  mengalami defek warna  nerah- hijau, biru- kuning.  Strabismus pula  berkeadaan dimana kedua-dua mata mereka terarah pada ttik yang berbeza dan mata mereka menyimpang pada sebelah keluar atau dalam bahagian mata . Hal ini menyebabkan mereka tidak boleh memfokuskan objek yang sama pada kedua-dua belah mata.
       Seterusnya adalah Diplopia yang mana objek yang dilihat kelihatan berganda . Glaukoma pula adalah sejenis kerosakan mata yang disebabkan oleh tekanan cecair  yang terlalu tinggi dalam bebola mata. Hal ini disebabkan oleh ganguan oleh bendalir yang mengedar di dalam bola mata.  Justeru  tekanan yang tinggi menyebabkan kerosakan pada sel retina mata , sel saraf menyadi serabut dan akhirnya menyebabkan ruang mata menjadi sempit  dan ianya boleh menyebabkan kerosakan penglihatan mata.  Amblipia juga dikenali sebagai mata malas. Ianya merupakan ganguan semasa pekembangan penglihatan dan menyebabkan ketajaman mata berkurang  dan mata malas melakukan fungsinya. Untuk mengesannya dengan mengenal pasti  ganguan yang pada mata yang normal, baru mengetahui mata sebelah lagi malas melakukan fungsinya.   Albanisme pula adalah kerana tidak adanya pigmen melanin pada mata.  Albanisme ini di akibatkan oleh pewarisan alel gen resesi, mereka juga sensatif terhadap cahaya yang kuat dan penglihatan yang terbatas. sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun.  Katarak pula, kanta mata menjadi keruh dan cahaya tidak dpat menembusinya, keadaan ini menyebabkan penglihatan terjejas.
         Ciri-ciri yang boleh kita lihat pada pelajar bermasalah penglihatan ini pula dari segi rupa, ialah bebola mata selalu berputar-putar, tidak bertindak pada cahaya dan mata sellau bergerak-gerak. Mereka juga selalu mengadu sakit, pening kepala dan melihat imej yang berganda. Antara tingkah –laku yang kerap dilakukan ialah selalu memusingkan kepala, mengerut atau mengecilkan mata, kerap bercakap dan selalu menutup sebelah mata. Antara sebab yang menyebabkan mereka mengalami masalah penglihatan adalah kerana  baka, Rubella,sifilis atau komplikasi semasa hamil. Terdapat juga penilaian-penilaian yang dilakukan untuk menguji masalah penglihatan ini, contohnya seperti penilaian cahaya, menggunakan barang-barang yang besar, menggunakan manik-manik dan pelbagai lagi.
      Pengajaran yang diterapkan  kepada pelajar bermasalah penglihatan pula adalah kebanyakkan pembelajaran perlulah menggunakan pendekatan rasa, bau , pendengaran dan sentuh. Hal ini kerana pelajar bermasalah penglihatan lebih sensatif terhadap deria-deria ini. Dalam mengajar mereka gunakanlah deria sentuh mereka dengan sebaikknya. Benarkan mereka menyentuh objek pelbagai tekstur, saiz dan bentuk.  Penggunaan alat bantuan mengajar seperti peta timbul, mesin Braille, cermin mata , bilik low vision dan pelnagai lagi bagi membantu proses pengajarn dan pembelajaran. Mereka juga haruslah dibiasakan dengan menguruskan diri sendiri, Biasakan mereka berada di dapur, bilik air dan ruang-ruang seperti di rumah supaya mereka dapat belajar berdikari . Namun, guru juga harus memberi bimbingan sebaik mungkin sebelum menguji ke fahaman mereka . Seterusnya, guru juga harus mengajar mereka dengan menggunakan deria bau, benarkan mereka bau-bauan yang menunjukkan amaran bahaya dan tidak. Penggunaan deria pendegaran juga adalah satu inisiatif yang sangat berkesan dalam mengajar pelajar masalah penglihatan. Penerangan yang jelas, dan galakkan pelajar  bertanya bagi membantu pekembangan pemikiran mereka. Bahan  rakaman audio  yang menarik dan jelas dapat juga membantu.







RINGKASAN ARTIKEL JURNAL

1)  CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERPENGLIHATAN TERHAD DI KLINIK PENGLIHATAN TERHAD UKM.
        Artikel jurnal ini mengkaji tentang ciri-ciri kanak-kanak berpenglihatan terhad yang telah hadir di klinik . Kajian ini juga untuk mengenal pasti alat bantuan apa yang paling sesuai untuk membantu kanak-kanak berpenglihatan terhad. Seterusnya adalah untuk mengenal pasti peranan sebenar optometris dalam membantu kanak-kanak ini. Kaedah yang di gunakan untuk membuat kajian ini ialah dengan menggunakan keratin rentas secara retrospektif. Kajian ini menggunakan 59 rekod lkinik kanak-kanak berpenglihatan terhad di kaji dari 239 rekod klinikpesakit penglihatan terhad yang telah hadir di KP UKM. Data yang dikenal pasti untuk kajian adalah umur, jantina, diagnosis penyebab penglihatan terhad, akuiti visual dan alat bantuan penglihatan terhad yang di cadangkan. Hasil kajian  juga mendapati Alat bantuan yang paling banyak dicadangkan kepada kanak-kanak berpenglihatan terhad ini ialah kanta pembesar, teleskop dan cermin mata. Keadaan ini memperlihatkan bagaimana optometris dapat memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pelajar berpenglihatan terhad mengatasi masalah gangguan penglihatan mereka. Oleh itu adalah dicadangkan perkhidmatan klinik penglihatan terhad perlu diwujudkan di semua hospital kerajaan di bawah kelolaan pegawai optometris agar memastikan perkhidmatan ini dapat dicapai oleh semua pelajar berpenglihatan terhad di seluruh Malaysia. Capaian perkhidmatan yang lebih luas akan mengurangkan gangguan penglihatan di kalangan kanak-kanak di Malaysia dan secara langsung meningkatkan kualiti hidup mereka.
(Rokiah, Victor, Zainora, Tholasee . 2007)





2)   SOKONGAN DAN HALANGAN YANG DIHADAPI PELAJAR-PELAJAR KURANG UPAYA DI SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA.


    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sokongan yang diterima dan halangan yang dihadapi oleh  pelajar-pelajar kurangupaya di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia. Data daripada pelajar kurang upaya pendengaran dan fizikal diperolehi secara bertulis, manakala data daripada pelajar kurang upaya penglihatan diperolehi melalui temubual yang dijalankan dengan mereka. Isu-isu yang dibangkitkan oleh pelajar-pelajar ini adalah dari segi kekurangan prasarana fizikal yang mesra-Orang Kurang Upaya (OKU), jurubahasa isyarat bagi pelajar kurang upaya pendengaran, komputer mesra-OKU, bantuan pencari maklumat diperpustakaan, kemudahan sistem pengangkutan mesra-OKU, kerenah birokrasi, keperluan kewangan  dan kekurangan empati dari segelintir warga kampus. Manakala daripada segi sokongan pula, para responden melaporkan bahawa mereka banyak bergantung dengan rakan-rakan rapat untuk membantu mereka semasa mengikuti kuliah bagi pelajar-pelajar bermasalah pendengaran dan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat bagi pelajar bermasalah penglihatan. Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan bagi pelajar kurang upaya di IPTA di Malaysia, di antara cadangan yang dikemukakan oleh responden kajian ini adalah usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman seluruh warga kampus mengenai cabaran serta keperluan mereka, serta menubuhkan suatu badan yang boleh menyampaikan keperluan mereka kepada pihak pentadbir universiti dan mengambil tindakan yang boleh mencipta persekitaran fizikal dan sosial yang lebih positif bagi mencapai potensi optimal mereka.


3)Improving Braille accessibili and personnalization on Internet

   Kajian ini memfokuskan pada penambahbaikkan alat bantuan untuk terjemahan Braille pada internet. Mereka banyak membandingkan teknologi yang sedia ada dan menunjukkan penggunaanya yang terhad pada aspek penggunaan Braille pada aspek science dan pedagogi. Mereka memperkenalkan NAT Braille iaitu ‘software ‘ percuma yang di reka untuk kegunaan dalam pedagogi bagi mereka yang bekeperluan khas.  Penterjemahan ini telah di buta dengan cara modular yang menggunakan teknologi web standard iaitu proses penyalinan menggunakan set yang di sesuaikan dengan transformasi XSLT (Extensible Stylesheet Language Family(XSL)) dan beberapa format XML (Extensible Markup Language). NAT Braille ini membantu dalam pendidikan inklusif bagi masalah penglihatan. NAT ini membolehkan penggunanya menggunakan ‘software’  ini secara percuma . Ianya menyokong penggunaan dalam pedagogi bagi Frence Braille tahap 1, matematik , science, music, menterjemah maklumat di laman sesawang dan ia juga mampu untuk menterjemah dalam pelbagai bahasa lain kepada Braille.

 

4) VBraille: Haptic Braille Perception using a Touch-screen  and Vibration on Mobile Phones

   V-Braille ini adalah  tulisan Braille yang hadir dalam bentuk telefon bimbit yang standard. Telefon ini menggunakan jenis  skrin sentuh dan gegaran. V-Braille ini sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah penglihatan dan pendengaran (deaf-blind) . Kajianya mendapati mereka yang menggunakan V-Braille ini boleh menggunakannya dengan hanya latihan yang minima dan mereka boleh menggunakannya untuk membaca.  Setiap watak tulisan Braille tradisional terdiri daripada 6 titik kedudukan, yang di susun dalam sebuah segi empat tepat dengan dua lajur tiga titik setiap satu.  Apabila sebahagian daripada skrin menyentuh mana-mana tempat dalam karekter tulisan Braille di skrin , contoh titik yang pertma di tekan, telefon akan bergetar dan disusuli jika titik 2-6 di tekan akan membuahkan getaran yang yang lebih kuat. Oleh itu pengguna boleh membezakan titik-titik Braille yang di paparkan.


5) Camera-based Signage Detection and Recognition for
Blind Persons


   Kajian ini mengkaji tentang papan tanda yang dapat membantu orang bermasalah penglihatan untuk mengesan tandas. Seperti yang kita tahu, fungsi papan tanda adalah penting untuk mengemudi seseorang ke sesuatu tempat. Kaedah di gunakan pada mulanya dengan mengesan bentuk papan tanda. Setelah itu ciri-ciri Scale-invariant feature transform (or SIFT)  yang mana ianya adalah jika di computer ianya ialah algorithm untuk mengesan dan mengenalpasti bentuk imej. SIFT ini akhirnya dapat diterima dan respons penggunaannya lebih daripada yang di jangka. Malah, SIFT ini juga dapat mengenalpasti papan tanda yang berganda juga.


6) Web-based City Maps for Blind and Visually Impaired


  Kajian ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang bermasalah penglihatan untuk menggunakan peta. Pendekatan yang di gunakan ialah dengan membuat peta yang berasaskan web yang mana penerangannya secara semantic, iaitu dengan menerangkan peta itu dalam perkataan. Ruang bandarnya boleh di jana secara automatic. Malah, maklumat yang boleh di dapati ialah berkaitan dengan seluruh dunia.  Pengguna yang menggunkannya boleh mendapatkan maklumat tentang imej Bandar yang baik, peta minda, persimpangan blok, tempat menarik, perkara-perkata yang berrisiko berlaku dan hubungan antara jalan.




 

 

 

 7)Students with Blindness Explore Chemistry at ‘Camp Can Do’

 Journal of Science Education for Students with Disabilities

     Pada kebiasaanya pelajar yang mengalami masalah penglihtan , biasanya akan di pinggirkan daripada terlibat di dalam makmal-makmal sains. Mungkin, ini di sebabkan oleh kurangnya bahan bantuan mengajar di dalam subjek sains bagi matapelajaran iini untuk pelajar masalah penglihatan.Namun, Supalo telah menguruskan Laboratory Access for the blind (ILAB)  yang mana merupakan projek kedokorannya. Kem untuk kesedaran untuk membantu mereka ini telah dilakukan di Pulau Tobago, merupakan kem musim panas ‘Camp Can Do’. Namun pada tahun 2010, di adakan lagi kem sebegini untuk membantu pelajar Masalah penglihatan ini. Penambah baikkan alat bantuan mengajarnya pula adalah seperti.


 

 

 8)DESAIN SENSOR JARAK DENGAN OUTPUT SUARA SEBAGAI  ALAT BANTU JALAN BAGI PENYANDANG TUNA NETRA
      Indera penglihatan adalah salah satu sumber  informasi vital bagi manusia. Tidak berlebihan apabila  dikemukakan bahwa sebagian besar informasi yang  diperoleh oleh manusia berasal dari indera penglihatan,  sedangkan selebihnya berasal dari panca indera yang lain.  Dengan demikian, dapat dipahami bila seseorang  mengalami gangguan pada indera penglihatan, maka Kemampuannya untuk melakukan aktiviti  akan jadi sangat terbatas, karena  maklumat  yang diperoleh adalah tehad   dibandingkan mereka yang berpenglihatan normal.  Pada umumnya, orang yang bermasalah penglihatan   menggunakan alat bantu jalan berupa tongkat putih atau  anjing terlatih untuk membantu pergerakan dan  meningkatkan keamanan dan kemandirian ketika   berjalan. Untuk mengatasi permasalahan tersebut, maka  dibuatlah suatu sistem yang dapat menggantikan dan  menyempurnakan pelan alat bantu jalan yang selama ini  telah ada. Secara umum, alat bantu jalan ini terdiri dari dua bagian  dasar, yaitu bagian perangkat keras (hardware) dan bagian  perangkat lunak (software). Sistem tersebut akan menyediakan keluaran untuk mempermudah para penyandang  pelajar terbaik bagi melakukan aktiviti.
    
    

9) DESAIN KEYBOARD DENGAN OUTPUT SUARA  SEBAGAI ALAT BANTU PENGENALAN HURUF
BRAILLE
     Kajian ini adalah untuk  memvariasikan mesin Braille dan Sistem suara ,yang  mana ianya diterapkan pada keyboard dan dapat menggantikan peran instruktor, baik dalam pembelajaran maupun dalam proses pelatihan. Penyimpanan data suara pada  SD Card dilakukan pada  sebelumnya dengan menggunakan  PC.  Format suara yang tersimpan dalam  SD Card berbentuk  WAV  tanpa kompresi memiliki keunggulan dalam kemudahan  akses oleh  mikrokontroller. Proses konversi data biner menjadi sinyal  suara analog melalui PWM sebagai bantuan  dalam mikrokontroller.  Sinyal suara akan dikuatkan oleh  Power Amplifier  dengan menggunakan IC  TDA7052 .  Sebanyak 20 orang responden  yang terdiri  daripada  dari 15 orang siswa masalah penglihatan dan 5 orang guru pada sekolah  bermasalah penglihatan. Kaedah ini membantu pelajar bermasalah penglihatan lebih bermandiri .
10)  Perkembangan Kemandirian Anak Tunanetra di Sekolah Luar Biasa Bagian A (Studi Kasus di SLB-A Karya Murni Medan Johor)

       Masalah yang di diperkatakan  dalam penelitian ini adalah bagaimana perkembangan kemandirian  murid bermasalah penglihatan  di Sekolah Luar Biasa Bagian A Yayasan Karya Murni Medan Johor dalam kehidupannya sehari-hari. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana perkembangan kemandirian pelajar bermasalah penglihatan  di Sekolah Luar Biasa Bagian A Yayasan Karya Murni Medan Johor, baik itu dalam melakukan kegiatannya kehidupan sehari-hari, belajar serta keterampilan mereka yang dapat menunjang kemandirian dan kepribadian. Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode penelitian deskriptif, yaitu untuk menggambarkan Perkembangan Kemandirian Anak Tunanetra Sekolah Luar Biasa Bagian A (SLB-A) Yayasan Karya Murni, Medan Johor. Adapun instrumen yang digunakan dalam mengungkap fakta dan data yang ada di Sekolah Luar Biasa Bagian A (SLB-A) ini adalah melalui observasi dan wawancara terbuka. Data yang di peroleh tersebut kemudian di analisa dengan menggunakan pendekatan kualitatif yaitu menggambarkan hasil penelitian atau fakta sebagaimana adanya. Hasil penelitian yang diperoleh adalah bahwa anak-anak bermasalah penglihtan  yang berada di Sekolah Luar Biasa Bagian A Yayasan Karya Murni Medan Johor tidak dapat di golongkan ke dalam anak yang tidak memiliki kemandirian karana anak yang berada di sana sudah dapat menjalankan akktiviti nya dengan sendiri nya dan keterampilan yang dimilikinya juga dapat mereka pergunakan untuk mencapai kemandirian, yaitu yang mereka peroleh dengan adanya proses pendidikan yang di berikan oleh Yayasan Karya Murni sebagai modal begi mereka untuk masa depan atau hari depan para penyandang  pelajar masalah penglihatan  yang ada di Yayasan Karya Murni. Dan kegiatan yang dilakukan juga dapat mendukung mereka dalam mencapai suatu keahlian dan keterampilan mereka. Dan dari pemerhatian  yang dilakukan oleh peneliti bahwa anak bermasalah penglihatan  yang ada di SLB-A Yayasan Karya Murni sudah dapat di golongkan mandiri karena dari segi perkembangan kemandirian kognitif, motorik, ungkapan kreatif dan olah raga.

   Pada pendapat saya bagi meningkatkan pendidikan khas dari bahagian masalah penglihtan, para bakal guru seharuslah menguasai dengan baik bahasa Braille, penggunaan mesin Braille, kemahiran-kemahiran yang  boleh di terapkan pada pelajar bermasalah penglihatan seperti kemahiran mengurut dan membuat kraf tangan pelbagai lagi. Pendedahan pada teknologi yang lebih maju, seperti sistem JAWS, telefon bimbit untuk pelajar masalah penglihatan dan alat bantuan mengajar lain. Pemahaman guru juga terhadap pelajar ini haruslah di didik dan perlulah banyak di berikan latihan sebelum menjadi guru, dengan latihan berhadapan dengan pengurusan sebenar pelajar bermasalah penglihtan ini. Supaya apabila guru-guru ini memasuki bidang ini , mereka dapat memberikan ilmu dengan penyampaian yang menepati keperluan sebenar pelajar. Infrastruktur bagi sesebuah atau tempat pengajian bagi golongan bermasalah penglihtan ini perlulah di lengkapi dengan keperluan khas yang menepati dengan keperluan mereka seperti, khas bagi setiap bangunan yang bertingkat-tingkat, jalan kaki lima khas, kediaman yang berdekatan dengan tempat pengajian dan alatan yang terdapat pada bilik tersebut perlulah bersesuaian dengan keperluan mereka. Malah, perkhidmatan untuk mencari buku   di perpustakaan atau akses bahan maklumat untuk mengajar juga perlulah di beri perhatian penting dan ada perkhimatan khas  , supaya hak mereka sebagai seorang pelajar tidak di hadkan oleh keadaan mereka yang berlaian dari oarng lain.  Alaun untuk pelajar OKU juga seharusnya di berikan lebih , kerana mereka sememangnya memerlukan melengkapi keperluan mereka. Teksi  atau pun pengkutan pelajar atau orang OKU bermasalah penglihtan lain seharusnya di lakukan sesuatu yang membolehkan mereka mendapat perkhidmatan yang memudahkan seperti orang tipikal juga. Dari aspek akademik, pelajar bermasalah penglihtan ini biasanya tidak  mendapat kesempatan untuk  mempelajar pembelajaran sains dan matematik . Luar negara telah banyak mengeluarkan alat bantuan mengajar bagi membantu  pejalar bermasalah penglihtan sepeti Independent Laboratory Acses for Blind( ILAB),   Opensoftware matematik seperti NAT, optikal character organisasion software ( OCR) dan pelbagai lagi. Hal ini kerana, kita perlu memberikan peluang bagi pelajar buta , pendapat pengajaran seperti pelajar tipikal lain, walaupun mereka tidak dapat melihat dan memerlukan keperluan khas lain, kita harusnya mencuba untuk memenuhi keperluan sebagai seorang eplajar juga.  Pengurusan bilik darjah bagi mereka ini, mereka perlulah di sediakan fail-fail  kahs untuk mengumpul hasil kerja mereka, memberi pelunag bagi mereka menyertai aktiviti luar yang memerlukan berinteraksi dengan orang ramai supaya mereka m=belajr hidup bermandiri. Penaksirannya pula, ujian dan


Rujukan:

1) Ciri Kanak-kanak Berpenglihatan Terhad di Klinik
Penglihatan Terhad UKM
ROKIAH OMAR, VICTOR FEIZAL KNIGHT, ZAINORA MOHAMMED &
THOLASEE, G. M.. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 5 (1) 2007: 37-45

2) AJTLHE, Vol1, No 2, 18-29
SOKONGAN DAN HALANGAN
YANG DIHADAPI PELAJAR-PELAJAR KURANG UPAYA
DI SEBUAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA
Hasnah Toran
Mohd Hanafi Mohd Yasin
Mohd Mokhtar Tahar
Norasuzaini Sujak

3)
Improving Braille accessibility
and personnalization on Internet
Bruno Mascret
Universit ´e de Lyon, CNRS
Universit ´e Lyon 1, LIRIS,
UMR5205
F69622,
France
bruno.mascret@liris.cnrs.fr
Vivien Guillet
Mission handicap, Universit ´e
de Lyon
Universit ´e Lyon 1
F69622,
France
vivien.guillet@univlyon1.
fr
Alain Mille
Universit ´e de Lyon, CNRS
Universit ´e Lyon 1, LIRIS,
UMR5205
F69622,
France
alain.mille@liris.cnrs.fr
Aude Lancelle
NAT Braille support team
Chamelet, F69620,
France
audelancelle@gmail.com
4) 2010. Chandrika Jayant, Christine Acuario, William A. Johnson, Janet Hollier, Richard E. Ladner
Computer Science and Engineering Department
University of Washington Box 352350
Seattle, WA 98195-2350

{cjayant, chriacua, willij6, hollijr, ladner}@cs.washington.edu


5) Web-based City Maps for Blind and Visually Impaired
Wolfgang Wasserburger, Julia Neuschmid, Manfred Schrenk
(Dipl.-Ing. Wolfgang Wasserburger, w.wasserburger@ceit.at, CEIT ALANOVA – Institute of Urbanism, Transport, Environment
and Information Society, Concorde Business Park 2/F, 2320 Schwechat, Austria, www.ceit.at)
(Mag. Julia Neuschmid, j.neuschmid@ceit.at, CEIT ALANOVA – Institute of Urbanism, Transport, Environment and Information
Society, Concorde Business Park 2/F, 2320 Schwechat, Austria, www.ceit.at)
(Dipl.-Ing. Manfred Schrenk, m.schrenk@ceit.at, CEIT ALANOVA – Institute of Urbanism

6) Proceedings REAL CORP 2011  Vol. 15, no. 1 - Winter 2011/2012

Students with Blindness Explore Chemistry at ‘Camp Can Do’
Cary A. Supalo  Purdue University
csupalo@purdue.edu
H. David Wohlers
Truman State University
wohlers@truman.edu
Jennifer R. Humphrey
Pennsylvania State University
jrh49@psu.edu

7) Working memory for braille is shaped by experience

Students with Blindness Explore Chemistry at ‘Camp Can Do’
Cary A. Supalo  Purdue University
csupalo@purdue.edu
H. David Wohlers
Truman State University
wohlers@truman.edu
Jennifer R. Humphrey
Pennsylvania State University
jrh49@psu.edu
8)DESAIN SENSOR JARAK DENGAN OUTPUT SUARA SEBAGAI  ALAT BANTU JALAN BAGI PENYANDANG TUNA NETRA
Gatra Wikan Arminda, A. Hendriawan, Reesa Akbar, Legowo Sulistijono
Jurusan Teknik Elektronika, Politeknik  Elektronika Negeri Surabaya
Kampus PENS-ITS Sukolilo, Surabaya
gatra@goodle.or.id, hendri@eepis-its.edu, reesa@eepis-its.edu, legowo@eepis-its.edu

9) 9) DESAIN KEYBOARD DENGAN OUTPUT SUARA 
SEBAGAI ALAT BANTU PENGENALAN HURUF
BRAILLE
Rizky Yunanta
, Akhmad Hendriawan
, Reesa Akbar
 Rika Rokhana
Jurusan Teknik Elektronika, Politeknik  Elektronika Negeri Surabaya
Kampus PENS-ITS Sukolilo, Surabaya
10)  Perkembangan Kemandirian Anak Tunanetra di Sekolah Luar Biasa Bagian A (Studi Kasus di SLB-A Karya Murni Medan Johor..

Universitas Sumatera Utara
Fakultas Ilmu Sosial dan Ilmu Politik
Departemen Ilmu Kesejahteraan Sosial

No comments:

Post a Comment