Wednesday 5 October 2011

Rumusan Pengurusan Sistem Pembelajaran dan Kemahiran Abad ke 21(minggu 3 dan 4 dan tugasan 3)

Learning Management System adalah  Pengurusan Sistem Pembelajaran.

.Ianya adalah web yang merupakan tunjang kepada program e-Pembelajaran,yang mana ia bertindak sebagai penentu arah bagi sesuatu proses pembelajaran.Ciri-ciri yang terdapat pada LMS ialah

Ciri-cirinya adalah:


a)pendaftaran guru,
b)forum,mel
c)elektronik,
d)kemudahan muat naik tugasan,
e)senarai pelajar dan guru.


LMS  juga banyak memberi manfaat kepada pengurusan sekolah dan universiti seperti:


a) LMS dapat memusatkan dan memantapkan lagi strategi pentadbiran.Ini kerana segala pengurusan yang berkaitan dengan warga institusi boleh dilakukan melalui LMS.

b)Pembelajaran melalui LMs ini lebih kepada sistem memusat pada pelajar,oleh itu ,melatih para pelajar lebih bersifat berdikari.

c)Pengunaan LMS dengan cekap dan tidak di ambil sikap ambil mudah oleh warga institusi dapat meningkatkan sistem pembelajaran dengan lebih mudah tetapi menarik.

d),Menjimatkan masa kerana segala maklumat dan maklum balas boleh belaku dengan masa yang singkat.

e)kecanggihan teknologi sekarang yang telah pun meluas penggunaan gajet-gajet elektronik seperti Ipad,noteboke,computer riba ,perkhidmatan wifi percuma,melancarkan lagi LMS berjalan.Para penggunanya boleh menggunakannya dimana-mana sahaja.Boleh juga di rumuskan sebagai sistem membelajaran mudah alih.

d)Pengunaan LMS boleh di pelbagaikan dengan pengeluaran kursus-kursus seperti e-pembelajaran,kursus CD-ROM,daripada peranti Palm atau PocketPC dan pembelajaran yang beteraskan bahan cetakan untuk di aplikasikan dalam bilik darjah yang luas.


Kemahiran Abad ke 21.



      Kemahiran abad ke 21 telah diwujudkan melalui sistem pembelajaran abad ke 21 bagi merujuk kepada gerakkan global untuk mentaktifkan semula matlamat pendidikan.Hal ini adalah untuk melakukan anjakkan paradigm pada matlamat pendidikan untuk mengubah cara pembelajaran menjadi lebih strategik dan memperluaskan cara bagi memagkinkan keupayaan dan kemahiran yang berkualiti agar dapat menangani cabaran-cabaran 21.
    
       Kemahiran abad ke 21 bukan sahaja di sasarkan kepada para pelajar namun kepada para pendidik.Elemen-elemen yang perlu diterapkan adalah:
 iri
Para  Pelajar:

  • Kreativiti dan inovasi:
  • Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah:
  • Komunikasi dan kolaborasi:
  • Literasi Maklumat
  • Literasi media
  • Literasi Teknologi,Maklumat dan komunikasi
  • Berinisiatif dan mempunyai haluan diri
  • Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri
  • Kemahiran sosial Antara –budaya

Guru:

  • Menguasai Pelbagai bidang
  • Mengikuti perkembangan tentang dasar dan isu pendidikan
  • Mahir dalam pegogi pembelajaran dan pengajaran (P&P)
  • Menguasai tekonologi terkini.
  • Menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak.
  • Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
  • Boleh berkerjasam dengan rakan sejawat dan orang lain.
  • Memiliki keyakinan terhadap profession sendri.
  • Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir.



      Tanggungjawab telah di letakkan pada guru-guru untuk melahirkan generasi berasaskan kemahiran abad ke 21 sejak di zaman persekolahan lagi.Oleh itu,guru perlu menginovasikan sistem pembelajarannya dengan menyusun ,dan mensepadukan ilmu dengan perkembangan semasa. Pada para pelajar juga perlulah dididik dengan menggunakan daya fikiran yang tinggi.Pemikirannya perlu lebih kreatif,daya pemikiran yang tinggi,dan minda konstruktif perlu terarah pada pandangan jauh.Guru perlu juga berpengetahuan lebih bukan setakat hanya dalam kontek subjek yang di ajari,tetapi pada pengetahuan kemahiran.



       Contoh agenda merupakan persediaan abad ke 21 ialah:
Pelaksanaan sekolah bestari yang mana turut mewujudkan trasformasi yang meliputi aspek kurikulum,sistem penilaian,pentadbiran dan pengurusan pembelajaran.Kesan pada trasformasi ini guru harus memainkan peranan yang penting dengan menyediakan diri dengan ciri-ciri guru bestari iaitu meningkatkan keterampilan dari segi menyaring,memgadun,mengacu setiap perkara selari dengan ketahanan anak bangsa,selaras dengan kehalusan budaya  masyarakat dan menyumbang untuk terus memperkukuh asas kewujudan kita.
      Oleh itu,guru haruslah mengadaptasi pedagogi dalam pengajaran & pengajaran(P&P) kerana ianya bolehmemberi  kesan positif kepada para pelajar.Oleh itu,para pelajar dapat menerapkan pengetahuan berasaskan teknologi sehingga boleh memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa masing-masing. Guru juga perlu mengambil berat terhadap sistem pegurusan pembelajaran(LMS) yang banyak membantu dalam pengurusan pembelajaran pelajar.Para guru harus mahir dalam multimedia bagi meyelaraskan ilmu pengetahuan dengan aliran teknilogi yang makin pesat sekarang.
    
    Tambahan lagi,bagi mewujudkan  kewarganegaraan digital yang celik teknologinya(tech savvy).Pendedahan terhadap teknologi maklumat sejak sekolah rendah haruslah dipertengahkan.Melihat zaman moden sekarang kebanyakkan perkhidmatan berasaskan perkhidmatan diatas talian.Seperti penlaksanaan e-pembelajaran,e-perdagangan,pengunaan komputer dalam pembelajaran,telifon dan pelbagai lagi.
     Nilai-nilai murni dalam diri pelajar juga perlu di pertingkatkkan dengan penerapan nilai kerohanian,kepercayaan kepada tuhan,ilmu kemanusiaan,ihsan,kesopanan dan tatasusila.Semua ini boleh di selitkan dalam pembelajaran di sekolah.Mungkin boleh diinovasikan yang dulunya hanya menggunakan percakapan dalam menyampaikan ilmu.Pendedahan penggunaan media massa,multimedia seperti video lakonan,maklumat hasil-hasil kajian lepas,dan buku-buku bacaan bukan ilmiah boleh di adaptasikan dengan pemikiran kreatif guru untuk mengolahanya menjadi sesuatu yang boleh dikaitkan untuk teknik pembelajaran yang menarik.
      
     Hal ini kerana generasi muda zaman sekarang harus diterapkan nilai berdikari dan softskills yang sebenarnya lebih bermanfaat bagi menjelajahi dunia yang sebenar.Bukan pembelajaran setakat dalam buku,pendedahan dengan tentang pembinaan jati diri,kemahiran berkerja dan etika dalam komunikasi.Ini bagi melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif.Oleh itu,sistem pembelajaran yang berpusatkan pada teacher center harus dilupuskan dan di salin dengan student center.Kemahiran abad ke 21 tentang melahirkan generasi yang intelektual tapi masih mengekalkan norma-norma nilai murni harus di pertegaskan. Ibu-bapa,guru-guru dan para pelajar sendiri perlu menitik beratkan tentang tanggungjawab sebagai warga digita.Kita tidak mahu melahirkan generasi yang berilmu tapi tiada nilai insaniah.


No comments:

Post a Comment